Sunday, November 21, 2010

.::Voltage Regulator::.

Voltage Regulator/pengatur voltan, merupakan salah satu komponen yang amat biasa di gunakan bagi litar elektronik terutamanya 7805, kerana kebanyakan litar-litar elektronik yang menggunakan IC menggunakan voltan 5V. Terdapat pelbagai litar bagi mendapatkan voltan 5V, ada yang menggunakan litar pembahagi voltan, litar transistor dan lebih senang dengan menggunakan pengatur voltan jenis 7805. 7805 merupakan litar terkamil/integrated circuit yang mempunyai 3 pin dan menyerupai transistor(namun bukannya transistor), Voltan 5 volt boleh terus diperolehi dengan menyambung komponen ini seperti rajah di bawah :

Berdasarkan rajah di atas, 7805 boleh disambungkan terus pada pin DC in, Gnd, dan DC out untuk mendapatkan voltan 5V. Penambahan kapasitor 10uF dan 1uF bukanlah satu syarat untuk ianya berfungsi namun, penambahan kapasitor tersebut akan menghasilkan voltan yang lebih stabil.
Spesifikasi :
L7805M (positif voltage regulator)
RM 2.00
Dalam stok : 11

Berminat? Sila isi borang di bawah untuk pesanan:



Nama:




No. Telefon:




E-Mail:




Alamat:




Item/Barang:




Kaedah Bayaran:




Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




No comments:

Post a Comment