Servo motor mempunyai 3 terminal, +, - dan signal. Biasanya wayar berwarna merah untuk terminal +, hitam/coklat untuk terminal - ataupun ground, manakala wayar berwarna kuning/oren/putih adalah untuk signal. Terminal signal disambungkan pada signal PWM (pulse width modulation). Apabila PWM di berikan barulah servo motor ini bergerak, namun pergerakannya adalah mengikut kadar PWM yang diberikan. servo motor bergerak mengikut darjah putaran dan kebiasaanya paling maksimum adalah 180 darjah, dan ada juga 270 darjah mengikut model. Walaupun begitu, servo motor boleh di ubah/'hack' kepada 360 darjah. Saya akan terangkan kaedah dan caranya dalam post yang akan datang.
Saya juga akan terangkan tentang PWM dan cara menggerakkan servo motor menggunakan PIC16F877A dalam post yang akan datang.
Sekiranya anda perlukan dengan servo motor, sila email saya : hsani@gmail.com atau boleh berjumpa dengan saya (bagi yang dekat)
Untuk spesifikasi model sila klik pautan ini.
No comments:
Post a Comment