Rajah : Sebelah kiri adalah soket IC biasa dan kanan adalah soket IC jenis turn pin
Ada pelajar bertanya kepada saya tentang apakah perbezaan diantara soket IC biasa, dan socket IC jenis turn pin. Selain perbezaan dari segi harga, perbezaan yang paling utama adalah dari segi kelebihannya. Soket IC adalah untuk IC, namun soket IC biasa punyai kelemahan terutamanya setelah IC di pasang pada soketnya, adalah agak sukar untuk mengeluarkannya kembali, silap-silap kaki IC boleh bengkok ataupun patah. Soket IC jenis turn pin sama fungsinya dengan soket IC biasa, cuma bentuk soket untuk kaki IC adalah lebih mesra untuk sesebuah IC yang biasanya akan kerap dipasang dan ditanggalkan seperti PIC16F877A, kerana IC ini kerap kali dipasang dan ditanggalkan (dari litar aplikasi ke programmer dan sebaliknya) untuk diprogramkan mengikut kemahuan dan keperluan pengunanya. Turn pin juga hadir dalam bentuk turn pin lurus dan boleh digunakan untuk aplikasi lain selain dari soket IC. Lihat rajah dibawah untuk penggunaan turn pin selain sebagai soket IC.
Soket IC biasa (40 pin) : RM 1.20
Dalam stok : 3
Soket IC jenis turn pin (40 pin) : 5.50
Dalam stok : 3
Turn pin (20 pin) : RM 2.50
Dalam stok : 12
Berminat? Sila isi borang dibawah untuk pesanan:
No comments:
Post a Comment