Monday, November 29, 2010

.:Mengapa Perlu 'Hack' Servo Motor:.

Ada pelajar bertanyakan pada saya, mengapa perlu 'hack' servo motor? Sebenarnya sesebuah servo motor itu perlu di'hack' atau pun tidak adalah bergantung kepada keperluan. Kita guna servo motor untuk apa sebenarnya. Seperti yang telah saya terangkan dalam post .::servo motor::. , servo motor kebiasaannya digunakan untuk menggerakkan arm/tangan robot ataupun aplikasi yang memerlukan motor yang mempunyai tork/daya kilas yang tinggi. Servo motor hanya akan bergerak sekiranya PWM diberikan. Pergerakan servo motor biasanya dihadkan maksimum 180 darjah ataupun bagi sesetengah model 270 darjah. Oleh itu, untuk membolehkan sesebuah servo motor itu diaplikasikan untuk kegunaan yang memerlukan motor tersebut bergerak secara 360 darjah, servo motor itu harus di ubah suai. Bagaimana? Rujuk post saya bertajuk .:Hacking Servo Motor :.

Servo motor mempunyai 3 wayar/terminal. Lihat Rajah dibawah.





Wayar Coklat/Hitam adalah terminal negatif
Wayar Merah adalah terminal positif
Wayar Kuning/Putih untuk signal. Wayar ini akan disambungkan untuk kepada uC ataupun PIC untuk menghasilkan PWM seterusnya menggerakkan servo motor ini mengikut keperluan pengguna.

*Bukan semua model boleh di ubahsuai kepada motor DC biasa.



1 comment:

  1. SALAM..
    Boleh tak en sani tunjukkan penggunaan servo motor dengan Hitec HFS-05Mj..

    saya tak beberapa faham lah..
    Harap dapat beri penjelasan...

    TQ..:-)

    ReplyDelete