Monday, February 28, 2011

.:Seminar Gubahan Kreatif:.

Hujung minggu ini memang sibuk sekali, Sabtu dan Ahad program tak henti-henti. Tapi alhamdulillah, satu program yang saya sertai pagi Ahad tadi, Seminar Gubahan Kreatif, anjuran Commerce Club bersama  Unit Penyelidikan, Pembangunan & Keusahawanan memang tidak sia-sia dan sedikit sebanyak menambahkan lagi pengetahuan kemahiran saya, disamping mencungkil bakat yang telah sekian lama terpendam. Jadi post ini agak tersasar dari tajuk blog ini. Hehe... Jemput lihat video dan gambar-gambar saya membuat ukiran bunga pada tembikai. Sila komen....Hehe.



Sunday, February 27, 2011

.:Line Follower Robot:.

*Untuk makluman pembaca, post ini masih belum lengkap, (tak lengkap pun litar jer, hehe), namun saya postkan juga disebabkan permintaan daripada pelajar daripada institusi lain yang mengunjungi web blog saya berharap agar saya postkan tentang line follower robot menggunakan LDR sensor. Namun segala konsep yang saya terangkan dibawah adalah cukup untuk memahami kaedah dan mekanisma sesebuah line follower robot seterusnya membina sendiri sebuah line follower robot.




Sunday, February 20, 2011

.:Sedapnye Lobster:.

Hari ini nampaknya post saya jauh tersasar daripada tajuk web blog saya, saja-saja saya post, nak bagi jeles family kat semenanjung, kat sini dapat makan lobster murah...hehe... Pagi tadi saya ke pasar dan kebetulan rezeki saya dapat beli lobster yang saiznya agak besar, dengan harga RM 35  sekilogram.


Apa yang saya buat dengan lobster ni? Memandangkan isteri saya dah buat gulai daging, so plan untuk gulai lobster ni dibatalkan, saya nak cuba goreng kunyit saja, macam sedap...yum, yum, yum, belum cuba belum tahu....dah cuba nak selalu... Jadi, sebelum saya mengerjakan lobster ini, sempat juga saya bergambar dan berposing bersama lobster yang masih lagi hidup ni...sempat la dia merasa popular sebelum menjadi santapan. Siap masuk internet lagi...hehe....


Posing.....


Dah siap saya mengerjakan lobster ni, saya letak garam dan kunyit, perap setengah jam...dan goreng... wau...baunya.....amat membuka selera...goreng pun Sodap....


Ini dia...sedia untuk santapan, memang sedap....simple dan sedap...sehingga menjilat dinding....



Tuesday, February 15, 2011

.:Target Board PIC16F877A utk amali E4160:.

Kepada semua pelajar yang mengambil subjek E4160-Sistem Mikropemproses dan Mikropengawal, di sini saya tunjukkan litar Target Board yang telah siap sebagai contoh untuk anda semua. Litar ini telah di uji dan berfungsi sepenuhnya. Sekiranya litar yang anda siapkan tidak berfungsi, kemungkinan berlaku kesalahan pada polariti komponen, kaedah pematerian yang salah/kurang kemas dan pelbagai kesalahan yang lain atau dalam bahasa mudah, kecekapan/kemahiran anda menyiapkan litar tersebut. Anda mesti menyiapkan litar anda selewat-lewatnya 17 Februari 2010, hari Khamis. Untuk menguji sama ada litar anda berfungsi atau tidak anda boleh berjumpa saya pada hari Rabu dan Khamis ini. Pada hari Jumaat, latihan amali akan bermula. Kegagalan anda untuk menyiapkan litar dan memastikan ianya berfungsi akan menyebabkan anda ketinggalan untuk latihan amali yang berikutnya, dan seterusnya memberikan impak kepada markah penilaian berterusan anda. Sila bawa bateri saiz AA, 1.5V sebanyak 4 biji. Sekian. Selamat mencuba dan selamat berjaya. Untuk makluman semua, hari rabu, saya akan berada di makmal projek dari jam 0130-1630. Sesungguhnya semua telah disediakan, komponen, litar, litar PCB dan segala maklumat. Hanya untuk buat sahaja. 
There's no medicine to cure laziness.......


.:4th FIRA Malaysia Cup @ PKB:.


Pasukan Robot Soccer PMU sesi 2010, Dari kiri; Benet Latit, Gilber Yaman, En. Norazam, En. Sani, En. Huzaifah dan Mohd Faridzhul. Tiada dalam gambar : Moses, Ahzry, Cik Shirley dan En. Samsawi.

Sepatutnya post in saya buat pada tahun lepas lagi, tapi disebabkan kesibukan kerja-kerja dipejabat dan urusan perkahwinan masa tu, heh..heh..lupe terus. Tengok-tengok gambar dalam handphone, baru teringat pasal nak post Pertandingan Robot Soccer, 4th FIRA Malaysia Cup 2010. 
      Apa pun saya nak juga postkan tentang 4th FIRA Malaysia Cup yang telah diadakan pada 9-13 Julai 2010 di Politeknik Kota Bharu Kelantan. Selain daripada 15 politeknik yang beraksi, pertandingan juga disertai oleh UKM dan UNIMAP. Sepanjang perlawanan tersebut, banyak yang telah dipelajari oleh pasukan robot Soccer PMU terutamanya kelemahan pasukan robot soccer yang menggunakan sistem daripada Singapura, selain itu player color patch yang mesti diperbaharui untuk memastikan camera dapat mengenalpasti player dengan lebih mudah dan efisyen terutamanya dalam suasana yang tidak mendapat cahaya yang secukupnya. Hasil daripada pertandingan tersebut Insyaallah, tahun ini kita akan cuba tambah baik apa yang telah dipelajari dan aplikasikan pada 5th FIRA Malaysia Cup 2011 yang bakal diadakan di POLIMAS.

Saturday, February 12, 2011

.::servo motor C55R::.

Servo motor C55R

Struktur dalaman C55R



Specification:
  • Origin: China
  • Full Metal Gears
  • Suitable for heavy duty application
  • 2 Ball Bearings
  • Speed (sec/60deg): 0.22/4.8V, 0.20/6.0V, 0.17/7.2V
  • Torque (Kg-cm): 9.0/4.8V, 11.0/6.0V, 13.0/7.2V (maximum 7.2V)
  • Size (mm): 40.8x20.18x36.5
  • Weight (g): 55
  • Rotation angle: 180 degree
  • Pulse width range: 0.582ms to 2.5ms (estimation)
  • Designed for "closed feedback".
  • Able to control the position of the motor
  • C/W plastic servo horn and accessories
Dalam stok : 0


Berminat? Sila isi borang dibawah untuk pesanan.



Nama:


No. Telefon:



E-Mail:



Alamat:



Item/Barang:



Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




.::Acrylic/Perspec::.


Acrylic atau perspec, material biasa yang digunakan untuk menghasilkan casi robot yang kecil, kotak projek dan sebagainya.
Spesifikasi
Saiz : A4
Jenis : Lutsinar/Transparent
Ketebalan : 3 mm
RM 13.00
Dalam stok : 2

Berminat? Sila isi borang dibawah untuk pesanan.




Nama:



No. Telefon:



E-Mail:



Alamat:



Item/Barang:



Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




.::Servo Motor Extension Cable::.


Servo Motor Extension Cable/wayar penyambung Servo Motor, sepanjang 30 cm, sesuai digunakan untuk menyambung servo motor  yang berada jauh dari dari host/pengawal/mikropengawal. Dihujungnya disediakan soket Male dan Female untuk pemudahkan penyambungan dari hujung wayar servo motor kepada wayar penyambung.

Spesifikasi
Panjang : 30 cm
RM 2.90
Di dalam stok : 7
Anda juga mungkin berminat dengan Servo motor C36R, C40R, C55R.

Berminat? Sila isi borang dibawah untuk pesanan :




Nama:



No. Telefon:



E-Mail:


Alamat:



Item/Barang:



Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




.::PCB-Printed Circuit Board::.


Printed Circuit Board, sesuai untuk pembangunan litar tercetak.

Jenis : Single Side
Saiz : (4 x 6) inci = RM 3.50
Dalam stok : 13
Saiz : (6 x 8) inci = RM 6.50
Dalam stok : 6

Berminat? Sila isi borang di bawah untuk pesanan.



Nama:



No. Telefon:



E-Mail:



Alamat:



Item/Barang:



Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




Thursday, February 10, 2011

.:PIC16F877A Target Board (Component Side):.

Kepada pelajar-pelajar subjek E4160-Sistem mikropemproses dan mikropengawal, disini saya telah memuat naik gambarajah litar PCB (Component Side View) untuk memudahkan anda semua menyiapkan litar 'Target Board' untuk mikropengawal PIC16F877A. PCB layout telah saya berikan, kaedah fabrikasi PCB boleh rujuk post bertajuk .:Projek-Fabrikasi PCB, Mudah dan Ekonomi:. Sekiranya perlukan bantuan atau pertanyaan, anda boleh mengemukakan soalan pada ruangan komen.

PIC16F877A Target Board (Component Side)