Tuesday, June 7, 2011

.:iPhone 4 vs Samsung Galaxy S (GT-i9000):.

Sedang membuat carian tentang perbezaan iPhone 4 dan Samsung Galaxy S, saya terjumpa satu video yang menceritakan perbezaan, kelebihan dan kekurangan diantara iPhone 4 dan Samsung Galaxy S. Saya suka cara perbandingan tersebut dibuat, dengan menguji setiap fungsi, teknikal, mesra pengguna, praktikal dan sebagainya, disamping, penguji tersebut menguji kedua-dua telefon tersebut dalam pelbagai keadaan dan juga kedudukannya kedua-dua smart phone tersebut sentiasa diubah dikiri dan kanan. Kenapa yer? Cuba fikirkan. cuba tengok dahulu video tersebut dan anda akan tahu jawapannya disamping dapat tahu siapa lagi hebat. iPhone4@Samsung Galaxy S.

Bahagian Pertama



Bahagian kedua



Semoga melalui video ini, dapat sedikit sebanyak membantu sesiapa yang masih tercari-cari atau tertanya-tanya, yang mana satu idaman kalbu....




Saturday, June 4, 2011

.:Kecanggihan kereta terkini:.

Semasa mencari sedikit sebanyak bahan untuk di masukkan sedikit dalam nota kuliah untuk subjek semester hadapan, saya terjumpa satu video yang best. Saya tidak pasti sama ada teknologi ini masih baru atau pun dah lama. Tapi bagi saya, saya baru sahaja terjumpa, sbb setahu saya, hyundai Tucson (Spesifikasi Malaysia) x der function ni. mungkin sesetengah negara saja kot dapat. SPAS-Smart Parking Assist System. sestengah dalam web yang saya jumpa, Sexy Parking Assist System. Function SPAS amat sesuai untuk orang yang amat susah nak parking sisi. Lihat video dibawah kalau nak tahu hebat ke tak






Saya ada buat carian, sistem ini bukan sahaja terdapat pada kenderaan hyundai, juga pada volkswagen.
kecanggihan yang didapati pada kereta ataupun mana-mana sistem adalah hasil dari kemajuan bidang elektronik, mikroelektronik, mikropengawal dan sistem terbenam.