Thursday, March 31, 2011

.:Robot-Robot Robocon PMU-siri 2:.

Robocon PMU semakin hampir, semua pasukan kelam kabut menyiapkan robot-robot mereka. Tidak lupa juga yang telah siap menjalankan latihan. Tahniah diucapkan. Disini saya postkan lagi 2 robot hasil pelajar-pelajar dibawah seliaan Pn. Hasyimah dan Pn. Fariza.

Robo-Tornado
Robo-Tornado adalah robot hasil pelajar-pelajar di bawah seliaan puan Hasyimah. Inilah robot paling slim/ramping, tetapi panjang. Jika dilihat dari segi rekabentuknya, robot ini sesuai untuk mengambil barang yang berada disudut yang sempit, seperti dicelah almari. hehe. Nanti Puan Hasyimah boleh simpan kat rumah. Kalau ada benda jatuh atau terselit kat celah almari atau rak, boleh la puan Hasyimah guna ni. Kan Pn Hasyimah kan? hehe.


Sunday, March 27, 2011

.:Persiapan Robocon PMU:.

Bahang Robocon PMU semakin terasa, 6-7 April ini adalah penentunya. Semua pasukan semakin sibuk menyiapkan robot masing-masing. Tidak lupa juga pihak penganjur yang terdiri dari para pensyarah. Kami, yang dianggotai oleh saya sendiri, En. Muliadi, En. Samsawi dan En. Johari telah bertungkus-lumus menyiapkan beberapa peralatan yang diperlukan. Di sini saya postkan beberapa posing menarik kami dalam persiapan Robocon PMU.



Ukuran perlu dibuat dengan teliti bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. En. Johari di belakang memotong papan lapis dengan penuh skill dan gaya tersendiri. hoh...hoh...

.:Latihan Mingguan Team Robot Soccer PMU:.

Untuk makluman kepada semua pelajar, pada setiap hari Jumaat jam 230 petang, pasukan Robot Soccer PMU menjalankan latihan seperti biasa. Sekiranya anda berminat untuk menyertai Pasukan Robot Soccer PMU ataupun ingin mengetahui apakah itu robot soccer, anda semua dijemput hadir ke Sesi latihan tersebut. Syarat kelayakan minimum untuk menyertai pasukan robot soccer PMU sekurang-kurangnya tahu dan berminat dengan komputer serta aplikasinya, lebih baik sekiranya anda tahu dan berminat dengan programming/pengaturcaraan.


Sesi latihan yang diadakan, merangkumi Camera Setting, Color Calibration dan Behaviour Programming


Pn. Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pn. Rohaida turut hadir memberikan komitmen

Antara kemahiran yang diajar kepada anggota pasukan adalah camera setting, color calibrating, membuat hand shaking dan akan datang, akan diajar cara-cara untuk menghasilkan behaviour programming. Sesiapa sahaja yang berminat dijemput hadir semasa sesi latihan untuk sesi berkenalan terlebih dahulu dengan Robot Soccer.




.:Operasi Menyelamat Ikan di Kolam JKA:.

Di satu pagi sabtu yang penuh ketenangan tetapi amat menyibukkan, kolam ikan di Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengalami kekeringan (ada skit jer air). Setelah menerima panggilan kecemasan dari guard/pengawal yang secara kebetulan  melalui kawasan kolam tersebut, saya bersama En. Johari, En. Muliadi, En. Rimenjus dan En. Syed telah bergegas ke kolam tersebut. Tindakan pantas kami semua telah berjaya menyelamatkan kesemua ikan-ikan yang mendiami kolam tersebut.


Operasi menyelamat, Mission Accomplish 

Setelah segala siasatan dibuat, didapati kolam tersebut kering bukanlah disebabkan water pump failure, tetapi tempat takungan air dari water pump tersumbat, overflow lalu mengalir keluar dari kolam. Yang menggembirakan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Alhamdulillah......Semua ikan selamat setelah menerima urutan penuh kasih sayang daripada En. Mualiadi dan En. Johari. Mereka memang pakar mengurut ikan. hehe..



.:Pembentangan Projek Sijil-Sesi 2:.

Pembentangan projek pelajar sijil kejuruteraan elektrik, bertemakan 20 Watt Power Amp sesi kedua telah berlangsung pada hari Isnin 21 Mac 2011, disini saya postkan beberapa gambar hasil projek mereka.

Power amp ini ok. Ada power, dan kosmetik juga cantik


.:Robot-Robot Robocon PMU-siri 1:.

Bahang Robocon PMU semakin hangat. Dalam post kali ini saya akan tunjukkan beberapa buah robot dari pasukan yang lain pulak. Asyik tunjuk pasukan sendiri jer..hehe... Untuk post kali ini saya hanya dapat tunjukkan robot dari dua pasukan terlebih dahulu iaitu pasukan di bawah seliaan En. Mahadzir dan En. Norazam. Kedua-duanya hebat, lagi menggerunkan.....hoh..hoh...

Pasukan dibawah seliaan En. Mahadzir, robot mereka dinamakan sebagai Zact06a K abumblebee. Memang hebat, nak eja pun dah susah. Lihat Rajah dibawah :


.:Projek PIC-3x3 LED Cube:.


Video yang ditunjukkan diatas adalah salah satu projek yang telah di hasilkan oleh En. Chong Man Lung. Projek ini adalah untuk memprogramkan LED yang di susun secara kuib, dan menyalakan LED tersebut secara row dan column. Pelajar-pelajar sering menganggap projek yang berasaskan LED ini remeh dan senang. Cuba buat dulu kalau nak tahu senang ke susah. Kepada pelajar yang berminat, boleh berjumpa dengan En. Chong Man Lung. Mikropengawal yang digunakan untuk mengawal LED cube ini menggunakan PIC16F877A.




Sunday, March 20, 2011

.:Pembentangan Projek Sijil-Sesi 1:.

Pembentangan projek pelajar sijil kejuruteraan elektrik, bertemakan 20 Watt Power Amp sesi pertama telah berlangsung pada hari Jumaat 18 Mac 2011, disini saya postkan beberapa gambar hasil projek mereka.


Power Amp katak, kosmetiknya memang cantik, tapi bunyi macam katak pisang la...tak power. hehe. Apa-apa pun, tahniah di atas kreativiti.

 Baca selanjutnya>>

.:Projek-Mobile Robot Arm Siri 4:.

Post bagi projek mobile robot arm telah memasuki siri ke 4, berikut adalah perkembangannya.




 Modifikasi secara keseluruhan telah dibuat menyebabkan progress projek ini agak perlahan. Sejauh mana mobile robot arm ini boleh berfungsi? Nantikan siri ke 5.




Tuesday, March 15, 2011

.:Jawapan Ujian 2 E3062:.

Perhatian kepada semua pelajar DKE 3A, di sini saya lampirkan jawapan ujian 2, E3062. Sila klik pada ikon pendrive untuk download.

.:Jawapan Ujian 2 EC201:.

Perhatian kepada semua pelajar DEP 2A, disini saya lampirkan jawapan bagi ujian 2 EC201, klik pada icon pendrive untuk download. Harap dapat banyak-banyakkan muhasabah diri masing-masing.

Thursday, March 10, 2011

.:Mengawal Servo Motor dengan PIC16F877A:.

Memandangkan post saya sebelum ini .:Mengawal Servo Motor:. tidak dapat membantu pelajar-pelajar yang menggunakan servo motor, jadi disini saya sertakan contoh/sampel programming dan litarnya sekali. Diharap para pelajar yang menggunakan servo motor untuk mengawal robot arm dan pelajar yang membuat projek Hexapod robot dapat menemui cahaya yang selama ini dalam kegelapan dan seterusnya membawa mereka ke jalan yang benar...hehe :)... Litar dan programming adalah seperti dibawah :



Sambungan servo motor ke PIC16F877A



Thursday, March 3, 2011

.:Mengawal Servo Motor:.

Tempoh untuk menyiapkan projek yang bertemakan PMU Robocon semakin hampir ke penghujungnya. Semakin ramai juga bertungkus lumus menyiapkan sisa-sisa projek yang masih lagi banyak....BANYAK?? Sisa ke? Itu bukannya sisa, itu adalah kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan lebih awal, namun dipandang enteng oleh para pelajar, lengah-lengah, balik kampung, facebook, web facebook lebih penting daripada web carian google, web blog saya, hehe, macam-macam lagi, yang baru nak buat litar pun ada, baru nak faham litar lagi la ada....aduhai.....masa genting beginilah baru mula sungguh-sungguh mencari dan mengejar pensyarah...nasib baik saya baik..hehe...jadi di kesempatan ini, memandangkan adanya pelajar yang menggunakan servo motor untuk mengawal 'robot arm', jadi saya tunjukkan cara untuk mengawal servo motor menggunakan mikropengawal. Lihat, baca dan fahamkan rajah di bawah. Klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.


Bagaimana nak buat programming? Di gambar tu saya dah letak programming yang utama. selebihnya cuba buat sendiri dulu. Cuba ingat balik subjek E3062, kalau lupa, sama ada terlebih makan semut, atau banyak makan meggi, atau terbuat banyak benda-benda 'lagha', boleh rujuk dengan pelajar-pelajar sem 3 yang mengambil subjek E3062, DKE 3A,  tidak perlu rasa malu, dalam belajar jgn ada rasa malu, dan jangan terlalu ego. Kalau tak nak, boleh jumpa saya, atau mana-mana pensyarah. Semestinya mereka sedia membantu. Good Luck!!! Gambate Tebayyo.....!!!


* nilai delay adalah bergantung kepada nilai crystal oscilator/oscilator.
* nilai cycle adalah bergantung kepada model servo motor. Lihat data sheet/lampiran data model servo motor. Bagi yang menggunakan model C36R, C40R dan C55R, cycle adalagh 20 ms. oleh itu, untuk berpusing ke kiri, kitaran adalah 1 ms untuk 1 dan 19 ms untuk 0. Manakala untuk berpusing ke kanan, kitaran adalah 2 ms untuk 1 dan 18 ms untuk 0.


  _                        _                       _
 | |                        | |                      | |
 | |                        | |                      | |         
 | |____________| |___________| |___________________ (50 kali)
 1ms    19ms      1ms      19ms     1ms   19ms
 
 |<----20ms--->|


  _                           _                        _
 |   |                        |   |                      |   |
 |   |                        |   |                      |   |            
 |   |____________|   |___________|   |___________________ (50 kali)
 2ms    18ms          2ms      18ms       2ms   18ms
     
 |<-----20ms----->|



THERE's NO MEDICINE TO CURE LAZINESS..........................