Sunday, January 23, 2011

.:Projek-Fabrikasi PCB, mudah & ekonomi:.

Terdapat pelbagai kaedah dalam fabrikasi litar tercetak(PCB-Printed Circuit Board). Dalam post kali ini saya akan terangkan satu kaedah yang lebih ekonomi, mudah tetapi mampu menghasilkan PCB yang cantik dan kemas seperti rajah dibawah. 




Sebelum memulakan proses penghasilan litar PCB, sediakan bahan dan peralatan berikut :

1. PCB


2. Glossy paper (Dalam bahasa mudah difahami, kertas untuk print gambar). Bagi pelajar-pelajar di Mukah, Glossy paper boleh didapati di Chai Guan Book Store. Tapi saya dah beli tempoh hari, tinggal satu jer. Dah habis. Hehe.. Saya tak tahu bila stock baru akan sampai.


3. Kertas pasir (saiz grit 800 keatas), marker pen, berus gigi terpakai dan kasa dawai (dalam bahasa mudah difahami berus periuk gred yang paling halus).


4. Ferric Chloride (FeCl3-Acid untuk buang bahagian kuprum pada PCB yang tidak diperlukan)


5. Gerudi Tangan/Hand Drill


6. Set pemateri komponen/soldering set


7. Seterika/Iron

8. Pengepit


9. Tuala dan bekas/besin yang tidak di gunakan lagi


Setelah semua peralatan telah pun disediakan, kita bermula dengan langkah pertama :

Langkah 1 :
Cetak litar yang telah direkabentuk pada glossy paper. Pastikan litar tersebut dicetak pada permukaan yang licin pada glossy paper. Gosok PCB dengan kertas pasir untuk menghilangkan segala kekotoran yang wujud pada PCB.


Langkah 2:

Gosokkan bahagian tercetak dari glossy paper ke atas PCB, gosokkan dengan menggunakan seterika, dan pastikan seterika adalah cukup panas. Gosokkan dengan serata keseluruh bahagian yang perlu. Setelah siap, dan agak-agak PCB telah tercetak sepenuhnya, tanggalkan glossy paper tersebut dan lihat hasilnya.



Untuk projek 'rahsia' saya ini (akan di post setelah siap sepenuhnya), saya gunakan double sided PCB, jadi PCB mesti dicetak pada kedua-dua belah dan mesti sama 'alignment'nya. Untuk bahagian yang dakwat printer tidak lekat pada PCB, gunakan marker pen untuk memastikan garis litar tidak terputus semasa proses 'etching'.

Langkah 3 :

Mulakan proses etching (proses etching adalah proses untuk membuang kuprum yang tidak diperlukan pada PCB menggunakan larutan acid). Larutkan Ferric Chloride (FeCl3) didalam bekas/besin bersama air dan pastikan asid yang dilarutkan didalam air tidak terlalu banyak kerana akan terlalu cepat mengakis dan merosakkan PCB. Semasa proses etching elakkan acid terkena kulit dan sebolehnya lakukannnya sejauh yang mungkin dari mata dan badan. Gunakan sarung tangan yang sesuai dan 'google' lebih baik. Sekiranya terkena pada kulit, cuci tempat yang terkena acid dengan air yang banyak. Semasa proses etching juga, perlu sentiasa peka terhadap kondisi PCB yang sedang di etching, lihat sekali-sekala semasa etching keadaan PCB, dengan menggunakan pengepit, JGN SENTUH/AMBIL PCB didalam bekas tanpa memakai sarung tangan. PCB boleh dikatakan siap apabila semua bahagian kuprum yang tidak perlukan telah larut dalam acid. Setelah siap, cuci PCB dan lap dengan tuala/tisu. Gunakan tuala/kain buruk yang tidak lagi digunakan untuk kegunaan yang lain. Hasil PCB yang telah siap seperti dibawah :




Langkah 4 :

Untuk menghilangkan kesan dakwat printer dan dakwat marker pada PCB, cuci PCB dengan mengunakan berus gigi terpakai dan kasa dawai. Setelah siap, buat lubang dengan menggunakan hand drill dan hasilnya seperti dibawah :




Langkah 5 :

Pasangkan komponen dan pateri. Akhirnya siaplah satu projek dengan rekabentuk litar yang menarik, kemas dan tersusun dengan kos yang lebih murah, dibandingkan dengan penggunaan UV film. (Litar yang ditunjukkan belum siap sepenuhnya, namun cukup sekadar untuk menerangkan kaedah fabrikasi Litar PCB.


PENTING!!! SEKIRANYA DIJALANKAN DIRUMAH ATAU DI ASRAMA (PARA PELAJAR), JANGAN BUANG SISA ACID DIDALAM LONGKANG ATAU SALIRAN SINGKI. PASTIKAN SEGALA SISA BUANGAN ACID TERSEBUT DILUPUSKAN DENGAN CARA YANG BETUL. BAGI PELAJAR-PELAJAR, SIMPAN SISA BUANGAN DIDALAM BOTOL DAN HANTAR KE MAKMAL BERKAITAN UNTUK DILUPUSKAN DENGAN KAEDAH YANG BETUL.




2 comments:

  1. Menarik!! mungkin boleh di kongsikan disini software apa yg digunakan untuk design layout PCB. :)

    ReplyDelete
  2. saya gunakan perisian PCB Wizard Profesional Edition...

    ReplyDelete