Saturday, November 13, 2010

.:DC motor:.

Dalam post kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang beberapa perkakasan elektronik. Untuk post kali ni, saya nak terangkan sedikit berkenaan DC motor dan RC servo motor. Ramai student projek di JKE PMU mungkin tidak tahu perbezaan diantara DC motor dan RC servo motor.

Saya akan terangkan ringkas sahaja berkenaan DC motor ini, kerana bagi saya DC motor semua pelajar tahu tentangnya. DC motor adalah motor elektrik yang menggunakan arus terus (DC – Direct Current). DC Motor mempunyai dua terminal sahaja. Motor akan berpusing apabila dua terminal tersebut diberikan voltan mengikut keperluannya (5-12)V. Arah pusingannya pula bergantung kepada polarity bekalan. Kelajuan motor diukur dalam  rpm (revolutions perminute - bukannya round perminute )ataupun dalam bahasa Melayu/Malaysia bilangan pusingan dalam satu minit. Dalam post akan datang saya akan terangkan tentang RC servo motor.

No comments:

Post a Comment