Wednesday, April 6, 2011

.:Jadual Perlawanan Robocon PMU:.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Robocon PMU. Harap semua peserta dapat bersedia dan tahu giliran masing-masing. Selamat berjaya.

Jadual perlawanan Robocon PMU



.:Poster ROBO-ROI:.

Saya suka-suka sahaja buat poster untuk pelajar-pelajar projek bawah seliaan saya. Tak sangka, ada juga yang berminat walaupun bukan daripada kumpulan pelajar saya. Jadi, disini saya letakkan gambar poster seperti yang diminta oleh beberapa pelajar. Boleh copy dan buat wallpaper. Hehe....

Klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar


Tuesday, April 5, 2011

.:Tugasan End Of Chapter EC201-DEP 2A:.

Kepada semua pelajar DEP 2A subjek EC201, sila download soalan tugasan terakhir End Of Chapter. Klik pada ikon pendrive. Sila hantar tugasan anda pada hari Jumaat 8 April 2011, selewat-lewatnya jam 11.00 pagi. Sila hantar pada saya by hand, jgn letakkan tugasan dalam pigeon hole. Sila hadir ke pembentangan projek pelajar semester akhir jam 9.30 pagi esok. Kehadiran akan direkod.


End of Chapter 1

End of Chapter 2



.:Robocon PMU-Kaedah & Peraturan:.

Kepada semua pelajar/peserta yang akan bertanding di ROBOCON PMU, sila baca kaedah dan peraturan pertandingan ROBOCON PMU. Satu taklimat akan diadakan di Dewan Serbaguna PMU pada 5 April 2011 jam 2:30 petang. Untuk download, anda boleh klik pada ikon pendrive di bawah.

Kaedah Dan Syarat Pertandingan Robocon PMU

Untuk download, sila klik pada ikon pendrive.




.:Robot-Robot Robocon PMU-siri 4:.

Robocon PMU semakin hampir, hanya tinggal sehari sahaja lagi. Kumpulan-kumpulan projek masih bertungkus lumus menyiapkan projek robot mereka. Tidak kurang juga yang telah siap, berlatih mengawal robot mereka. Dalam post kali ini, saya postkan sebuah video demo daripada kumpulan dibawah seliaan En. Samsawi. Robot paling ganas dan paling garang di abad ini. Namanya tidak diketahui...teramat misteri.


*harap maaf diatas kualiti video yang kurang memuaskan. RoboSam tu saja saya letak nama dia camtu. hehe

Friday, April 1, 2011

.:Robot-Robot Robocon PMU-siri 3:.

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan video demo oleh pasukan pelajar-pelajar dibawah seliaan Cik Shirley, yang telah diberikan pada saya 2 hari yang lalu. Oleh itu, disini, saya postkan video demo daripada Robot VEX0M1 (Susahnya nak eja, nak sebut lagi la) untuk dikongsikan bersama. Lihat video dibawah untuk mengetahui sejauh mana kehebatan Robot VEX0M1 ini.


Apa yang anda lihat adalah demo sahaja. Untuk lihat apakah lagi keistimewaan robot ini, nantikan 6-7 April 2011.