Monday, November 29, 2010

.:Robot Soccer @ FIRA:.


       
FIRA Robot soccer adalah hasil cetusan idea Prof. Jong-Hwan Kim yang mula menganjurkan kejohanan FIRA Robot soccer pada 1996, di KIAST, Daejeon, Korea. Federation Of International Robosoccer Association (FIRA), pula telah di tubuhkan pada 5 Jun 1997. Sejak itu, FIRA Robot World Cup telah diadakan setiap tahun di peringkat antarabangsa. Sepanjang pertandingan tersebut, FIRA Robot Wold Congress dengan kerjasama FIRA cup juga mengadakan sesi pembentangan kertas kerja tentang penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap Robot soccer masing-masing samada penambahbaikan dari segi perkakasan (hardware) mahupun strategi (software). Sesi pembentangan kertas kerja ini adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan teknologi serta menggalakkan aktiviti R&D dikalangan semua peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, latarbelakang dan budaya.

Di Malaysia, Bahagian Pembangunan Akademik dan Kurikulum, Jabatan Pengurusan Politeknik (JPP) telah mengambil inisiatif dengan membekalkan kepada politeknik-politeknik set Robot Soccer, 5 vs 5 dengan harapan, Malaysia seiring dengan teknologi terkini serta turut sama dalam Robot Soccer ini. Robot Soccer bukanlah sekadar permainan semata-mata, tetapi terkandung disebaliknya pelbagai ilmu, teknologi dalam pelbagai bidang yang boleh diterokai. Robot Soccer adalah Robot Multi-agent yang terdiri daripada gabungan pelbagai bidang seperti Robotik, Mekatronik, pemprosesan imej, Sistem Komunikasi, Kejuruteraan dan Sistem Komputer, kepintaran buatan, serta strategi bola sepak yang ditafsirkan kedalam bentuk permainan Robot Soccer. Kesemua elemen tersebut digabungkan dan diharmonikan melalui pengetahuan sains dan teknologi, sukan serta kerjasama dalam satu pasukan. 
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan FIRA dan Robot Soccer, anda boleh melayari web ini:




No comments:

Post a Comment