Saturday, November 13, 2010

.:Projek-Mobile Robot Arm:.


Ini adalah salah satu projek pelajar dibawah seliaan saya Mobile Robot Arm. Projek ini masih dalam proses dan hasil keseluruhannya akan dapat dilihat pada akhir semester sesi Disember 2010. Gambar diatas adalah rekaan asas bagi mobile robot arm. Saya akan 'postkan' perkembangan projek ini dari semasa ke semasa. Semoga berjaya kepada Azhar Wasli, Amirul Qayyum, Mohd Nazri, Abdul Afiq, Rebita Orai dan Sunti. Sebolehnya cuba siapkan robot arm tersebut dalam masa cuti semester ini. Saya dah bekalkan servo motor C40R kepada Azhar. Jadi, tiada alasan komponen/alatan yang berkaitan tiada.

Robot arm ini menggunakan uC PIC16F877A sebagai pusat kawalan utama, servo motor untuk menggerakkan arm, motor driver untuk memudahkan pengawalan motor dari PIC ke servo motor dan DC motor (power window motor)  untuk tapak asas robot (perlukan tork besar untuk membawa arm). Detail berkenaan design robot ini akan saya post dari semasa ke semasa.

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM...
    saya minat dlm bidang rekacipta ni..terutamanya berkaitan dengan elektronik...so,boleh tak nk minta en H-sani Share contoh robot kawalan jauh (guna remote) yang menggunakan beberapa motor servo + Hitec HFS-05MJ..dan sedikit penerangan nya..

    ReplyDelete
  2. maaf baru reply comment, baru perasan ada komen, buat sementara ni saya belum berkesempatan lagi nak buat robot kawalan jauh... tentang penggunaan servo motor, selagi inyanya adalah sejenis RC servo motor, dan untuk kegunaan elektronik, senibina dan kaedahnya adalah sama sahaja, yang berbeza mungkin PWMnya...julat min dan max frequency nya juga mungkin berbeza. (boleh rujuk dalam datasheet product yang berkaitan)

    ReplyDelete