Wednesday, November 10, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, pertama sekali ingin saya panjatkan kesyukuran 'Alhamdulillah' kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinnya saya diberi sedikit kemahiran untuk menggunakan web blog ini, dan dikurniakan masa untuk sedikit sebanyak berkongsi dengan para sahabat dan pelajar-pelajar saya di Politeknik Mukah khasnya serta semua sahabat dan kawan-kawan yang berminat dalam bidang Elektronik dan Robotik amnya. Blog ini adalah platform yang akan saya gunakan untuk berkongsi pendapat, idea dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan elektronik dan robotik, mahupun pemberian tugasan disamping menjadi bahan rujukan untuk para pelajar saya selain daripada pertemuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara formal. Selain itu blog ini juga berfungsi sebagai medium untuk para pelajar saya mendapatkan bahan/material untuk menyiapkan projek akhir. Akhir kata, saya hanya manusia biasa, punyai kelemahan tersendiri, oleh itu adalah di alu-alukan sebarang teguran mahupun cadangan daripada para pembaca blog saya sekalian.

No comments:

Post a Comment