Thursday, January 22, 2015

Langkah-langkah untuk upload tugasan di aplikasi web CIDOS

Adalah di maklumkan kepada semua pelajar yang terlibat, di sini saya tunjukkan kaedah untuk memuat naik/upload file/tugasan yang diberikan.

Langkah yang pertama, setelah login CIDOS,


Di paparan pertama pada course Engineering Science, terdapat satu notification/makluman tentang assignment.

Klik pada course tersebut, dan paparan akan ke laman course Engineering Science. Seterusnya klik pada class activity.
Seperti contoh di bawah, soalan untuk class activity 1 adalah berlogo file pdf, sementara logo tapak tangan menadah dokumen adalah untuk menghantar file.


untuk menghantar tugasan, klik pada item berlogo tapak tangan menadah dokumen

pastikan terlebih dahulu maklumat pada paparan. Contoh yang ditunjukkan, penerimaan tugasan akan bermula pada hari jumaat, 23 Januari 2015, jam 3 ptg. Oleh itu, sebelum tarikh dan masa tersebut, butang add submission tiada pada paparan.

Sekiranya tiada tarikh penerimaan atau telah tiba waktu penerimaan, paparan adalah seperti dibawah.
Sila ambil perhatian terhadap tarikh akhir/due date penerimaan tugasan tersebut.

Langkah seterusnya untuk menghantar tugasan, klik pada butang add submission, dan paparan seterusnya adalah seperti di bawah.

Fail boleh di muat naik, dengan cara klik pada add file ataupun dengan cara menarik fail dari lokasi asal ke ruangan fail seperti rajah di atas.
Seterusnya, klik pada save changes. Tugasan anda telah selamat diterima.