Friday, November 12, 2010

.:MENGATURCARA PIC16F877A:.

Pada post kali ini saya akan menerangkan secara ringkas sahaja cara untuk mengaturcara PIC16F877A. PIC16F877A ini boleh diaturcara dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti bahasa himpunan/Assembly Language, Bahasa C, PIC Basic atau mana-mana bahasa yang sesuai untuk uC ini, kerana sekarang ini telah banyak pengkompil wujud untuk memprogramkan uC ini dengan lebih mudah. Saya hanya pernah menggunakan 2 jenis bahasa sahaja untuk mengaturcara uC ini iaitu Assembly language dan C language.






Dulu semasa zaman saya belajar (2002-2006), saya menggunakan assembly language untuk mengaturcara uC ini. Untuk mengaturcara atau 'memprogramkan' PIC16F877A ini, software MPLab (perlu diingat, MPLab bukan MathLab-MathLAb adalah perisian yang berbeza dari segi fungsi dan pengeluarnya)diperlukan. Mengaturcara uC menggunakan Assembly language agak sukar bagi saya kerana struktur bahasanya yang agak sukar difahami dan sukar untuk diaturcara. Namun setelah adanya pengkompil HiTech C, bahasa C telah boleh digunakan untuk mengaturcara uC ini dengan menggunakan MPLab. Namun, hanya MPLab versi 8.0 ketas sahaja yang mempunyai pengkompil HiTech C ini, oleh itu MPLab versi 7 tidak dapat menyokong bahasa C. Berdasarkan pengalaman, saya lebih mengesyorkan para pelajar saya menggunakan bahasa C untuk mngaturcara uC ini kerana bahasanya lebih mudah difahami dan dibina/construct.
Perisian MPLab ini boleh muat turun secara percuma di web MicroChip.



*Walaupun begitu, perlu diketahui, menggunakan assembly language membolehkan pengaturcara  mengarahkan apa yang pemproses/processor buat dengan lebih tepat. Oleh itu, programnya lebih pantas dan padat. Penggunaan memory dalam PIC juga adalah kurang berbanding jika menggunakan C language.



No comments:

Post a Comment