Thursday, January 22, 2015

Langkah-langkah untuk upload tugasan di aplikasi web CIDOS

Adalah di maklumkan kepada semua pelajar yang terlibat, di sini saya tunjukkan kaedah untuk memuat naik/upload file/tugasan yang diberikan.

Langkah yang pertama, setelah login CIDOS,


Di paparan pertama pada course Engineering Science, terdapat satu notification/makluman tentang assignment.

Klik pada course tersebut, dan paparan akan ke laman course Engineering Science. Seterusnya klik pada class activity.
Seperti contoh di bawah, soalan untuk class activity 1 adalah berlogo file pdf, sementara logo tapak tangan menadah dokumen adalah untuk menghantar file.


untuk menghantar tugasan, klik pada item berlogo tapak tangan menadah dokumen

pastikan terlebih dahulu maklumat pada paparan. Contoh yang ditunjukkan, penerimaan tugasan akan bermula pada hari jumaat, 23 Januari 2015, jam 3 ptg. Oleh itu, sebelum tarikh dan masa tersebut, butang add submission tiada pada paparan.

Sekiranya tiada tarikh penerimaan atau telah tiba waktu penerimaan, paparan adalah seperti dibawah.
Sila ambil perhatian terhadap tarikh akhir/due date penerimaan tugasan tersebut.

Langkah seterusnya untuk menghantar tugasan, klik pada butang add submission, dan paparan seterusnya adalah seperti di bawah.

Fail boleh di muat naik, dengan cara klik pada add file ataupun dengan cara menarik fail dari lokasi asal ke ruangan fail seperti rajah di atas.

Seterusnya, klik pada save changes. Tugasan anda telah selamat diterima.

Wednesday, December 3, 2014

Langkah-langkah untuk 'self enroll' dalam CIDOS

Semua pelajar yang terlibat, berikut adalah langkah-langkah untuk 'self enroll' dalam CIDOS. Sila lihat gambar langkah demi langkah.

Langkah 1, layari laman web http://www.psas.edu.my, kemudian klik pada CIDOS e learning 2.5 ataupun boleh terus klik disini


Paparan seterusnya seperti rajah diatas. Username dan password bagi pelajar adalah no. IC


Seterusnya, klik pada LMS


Seterusnya, klik pada Courses


Kemudian, klik pada jabatan mengikut kursus yang ditawarkan. Sebagai contoh, kursus Engineering Science DBS1012, ditawarkan oleh Jabatan Matematik, Sains & Komputer. Klik pada Jabatan Matematik, Sains & Komputer

Seterusnya klik pada nama pensyarah yang mengajar kursus berkenaan


Seterusnya klik pada kursus, sebagai contoh Engineering Science



Akhir sekali, klik pada butang Enroll me

On balik blog

Fuh.....!!! Berhabuk blog ni setelah sekian lama tidak aktif. Kembali aktif setelah sekian sekian lama juga berada di jawatan pengurusan serta menghadapi ujian penyakit, dan sekarang alhamdulillah, keadaan semakin baik dan kembali semula bertugas mengajar.


Thursday, February 9, 2012

Makluman Quiz 1 EC201

Perhatian kepada semua pelajar EC201 DEP2B, kuiz 1 akan dijalankan dalam 2 sesi, sila pastikan anda hadir pada sesi yang sepatutnya. TQ.

EC201_quiz_1

Thursday, January 26, 2012

EC201 Practical Work (2)

Kepada semua pelajar DEP2B, sila muat turun latihan praktikal (2) anda di sini. Latihan praktikal (2) akan di laksanakan pada 1 Februari 2012. Sila cetak dan baca Lembaran Kerja latihan praktikal (lab sheet) tersebut sebelum sesi praktikal bermula. Klik pada ikon pendrive untuk muat turun.

Tuesday, January 24, 2012

Penemuan Saintifik Disebalik Khalwat Pasangan Bukan Mahram




Penemuan Saintifik Disebalik Khalwat Pasangan Bukan Mahram
Larangan untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui sebab ilmiah disebalik perintah itu.
Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap keadaan khalwat itu?
Baru-baru ini, satu kajian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.
Para penyelidik di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarikan yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam badan. Walaupun subjek kajian cuba untuk melakukan kajian atau hanya berfikir tentang wanita yang sendirian denganya hanya dalam sebuah simulasi kajian. Namun hal tersebut tidak mampu menghalang tubuh dari perembesan hormon tersebut.
“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Anda akan mempunyai perkadaran tinggi dalam peningkatan hormon tersebut,” inilah penemuan kajian saintifik baru-baru ini yang disiarkan di dalam Daily Telegraph!
Para saintis mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk prestasi tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan perkadaran yang rendah, tetapi jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian boleh menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan mengakibatkan diabetes dan penyakit lain yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.


Bentuk yang menyerupai alat proses hormon kajian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi hanya berlaku ketika seorang lelaki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarikan lebih besar! Tentu saja, ketika seorang lelaki bersama-sama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan berlaku kesan daripada hormon kortisol. Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang lelaki, hormon ini tidak naik. Tetapi hanya berlaku ketika bersendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram.
Para penyelidik mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membina hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam kajian lain, para saintis menekankan bahawa situasi ini (untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka) jika berulang, mereka berisiko untuk mengidap penyakit kronik dan masalah psikologi seperti kemurungan.
Nabi saw mengharaman khalwat
Kita semua tahu hadis yang terkenal yang mengatakan: “Tidaknya ada orang yang seorang lelaki berkhlawat dengan wanita kecuali syaitan adalah yang ketiga, hadis ini menegaskan diharamkannya berkhalwat bagi seorang lelaki dengan wanita asing atau bukan mahramnya. Kerana itu Nabi saw melalui syariat ini menginginkan kita mengelakkan banyak penyakit sosial dan fizikal.
Ketika seorang beriman mampu mengelakkan diri dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan mengelakkan diri dari berkhalwat dengan mereka, maka dia mampu mencegah penyebaran amoralitas dan dengan demikian melindungi masyarakat dari penyakit wabak dan masalah sosial, dan mencegah individu dari pelbagai penyakit.
Oleh: Abdul Daim Al-Kahil
Wallahu’alam….

Tuesday, January 17, 2012

68K simulator untuk kursus E4160

Kepada semua pelajar yang mengambil kursus E4160, sila download 68K simulator. Simulator ini akan digunakan untuk meningkatkan kefahaman anda dalam 68K instruction set. Klik pada ikon pendrive untuk download.


Kepada pelajar dari kelas lain yang tidak dapat login untuk download, anda boleh download di sini. Klik pada ikon pendrive untuk download.


Chapter 2 EC201

Perhatian kepada semua pelajar EC201-DEP 2B, sila download nota bab 2 anda di sini. Sila Klik pada ikon pendrive untuk download.


*File ini mungkin mengambil masa untuk view/download yang agak lama sedikit kerana saiz file yang besar.

Chapter 1, 2 dan 3 E4160

Perhatian kepada semua pelajar DKE 5B, sila download nota kuliah bab 1, 2, dan 3 anda di sini. Sila baca dahulu nota yang telah diberikan sebelum hadir ke kuliah. Klik pada ikon pendrive untuk download.

Chapter 1
Chapter 2

Chapter 3


Sekiranya anda mengalami masalah untuk login, sila maklumkan pada saya. TQ

Thursday, January 12, 2012

NOTA BAB 1 EC201

Kepada semua pelajar EC201, sila download nota chapter 1 di sini. Klik ikon pendrive untuk download.


*Anda mesti login (CIDOS) untuk access file yang saya lampirkan. Tidak dapat login? Bagaimana untuk login? Rujuk di sini untuk info. TQ. 

Pelajar E4160 (DKE5B) & EC201 (DEP2B)

Perhatian kepada semua pelajar E4160 kelas DKE5B dan EC201 kelas DEP2B, mohon wakil kelas untuk download template data base dan sila lengkapkan setiap butiran pelajar yang terdapat di dalam template tersebut, seterusnya sila emailkan kepada saya di hisyamsani@pmu.edu.my selewat-lewatnya pada 13/1/12 (Jumaat).

Semua pelajar diwajibkan mengisi template berkenaan kerana saya akan melaksanakan kuiz secara online dan beberapa bentuk penilaian lain secara online, oleh itu pelajar yang gagal untuk mengisi template tersebut, tidak akan dapat access ke akaun cidos dan seterusnya tidak dapat mengambil kuiz secara online yang secara automatik akan memberikan anda markah 0.  Terima kasih. Klik ikon pendrive untuk download.

Wednesday, January 11, 2012

Jadual Waktu Sesi Disember 2011

Di sini dilampirkan jadual waktu saya untuk memudahkan para pelajar sekalian untuk sebarang urusan.

Saturday, November 26, 2011

Batasan Inovasi?

Lama sungguh x update blog, sesi pengajian semester Jun 2011 telah pun berakhir, final exam pun telah berakhir, seperti biasa mmg amat kecewa setiap kali menggores kertas menggunakan dakwat merah, yang mana keputusannya juga mengikut warna dakwat yang sama, susah sangat kah subjek microprocessor & microcontroller ni? tapi x mengapa lah, tahun 2011 bakal berakhir, 2012 bakal menjelma, 2012...PM kata tahun inovasi...wau...!!!! harap-harap dapat banyak geran atau pun budget untuk ke arah itu, tanpa banyak kesulitan yang amat menyulitkan, terfikir juga time2 student cuti ni nak siapkan satu inovasi yang simple, tapi berimpak besar....hehe... fikir punya fikir, punya fikir, x datang pun idea...last-last, saya terima email dari seorang rakan. Bila baca email tersebut, sungguh menarik, ape yang menariknya? Lihat gambar di bawah :














Gambar-gambar yang ditunjukkan adalah kreativiti masyarakat Thailand dalam mengharungi banjir... Idea yang kreatif tidak semestnya lahir dari seorang yang berpendidikan tinggi, kreativiti tidak mendatang apa-apa jika hanya idea, ianya harus diterjemahkan dengan tindakan, maka barulah kita nampak hasilnya. Setelah terbaca email tersebut, baru saya terfikir, Inovasi itu tiada batasannya, dan inovasi itu juga tidak semestinya sesuatu yang complicated, apa yang membataskan adalah cara kita berfikir.

Friday, November 11, 2011

Gempar:Makan Tahi Hidung Untuk Kesihatan

Lama betul tak update blog... berserabut rasanya dek kesibukan yang melanda, kebetulan terbaca email yang di hantar seorang rakan, terdetik untuk di kongsikan, hehe... percaya atau tidak terpulang, nak buat ujikaji pun boleh juga...hahahah

Sunday, October 9, 2011

Amali 3 E4160

Perhatian kepada pelajar yang mengambil subjek E4160, sistem Mikropemproses dan Mikropengawal, sila download file amali 3. Fail tersebut dilindungi dengan kata laluan/password, untuk kelas saya, saya maklumkan kata laluan kepada wakil kelas, sementara pelajar kelas En. Saltihie, saya akan maklumkan kepada En. Saltihie. Sila pada ikon pendrive untuk download.