Friday, December 31, 2010

.:Projek PIC-LCD HD44780:.

Liquid Crystal Display (LCD) adalah sebuah alat untuk memaparkan sebarang imej atau pun character (huruf,nombor, simbol dan sebagainya). Projek yang saya hasilkan ini adalah untuk memaparkan perkataan pada paparan LCD HD44780 (16x2). Anda boleh lihat hasilnya pada gambar dibawah :

Hasil Projek

Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menghasilkan projek ini, saya senaraikan komponen asas yang diperlukan :

Dibawah saya sertakan litar bagi projek ini. Juga sila rujuk post saya bertajuk .:Litar Teras PIC16F877A:. dan .:Litar Alternatif Pengatur Voltan:.


Di sini juga saya sertakan programming untuk PIC16F877A. 

Programming LCD Display (16x2) with PIC16F877A

Selamat mencuba. Sekiranya perlukan sebarang bantuan ataupun pertanyaan, sila berjumpa saya atau email saya hsani2u@gmail.com



Sunday, December 26, 2010

.:Motor Driver L293D:.

Motor driver L293D
Dalam post kali ini, saya akan tuliskan sedikit sebanyak tentang kegunaan motor driver. Untuk mengawal sesebuah DC motor dengan menggunakan micropengawal bukannlah sesuatu yang sukar. Untuk pengetahuan semua sesebuah DC motor boleh dikawal terus dengan menggunakan mikropengawal, tetapi perlu diketahui bahawa, voltan yang keluar dari sesebuah mikropengawal PIC16F877A contohnya, hanyalah +5V sahaja. Bagaimana sekiranya motor tersebut memerlukan voltan +12V contohnya? Adakah +5V itu mencukupi? Semestinya tidak. Oleh itu motor driver diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Terdapat banyak motor driver dipasaran dan pelbagai jenis, DC motor driver, servo motor driver, stepper motor driver, high current motor driver dan pelbagai lagi. Disini saya akan terangkan tentang DC motor driver jenis L293D keluaran Texas Instrument. Dibawah adalah pin diagram bagi L293D.
L293D pin diagram
Disini saya juga akan tunjukkan contoh litar untuk aplikasi pada mikropengawal. Detail berkenaan motor driver ini, sila baca helaian data/data sheet, boleh download sini.

Contoh Litar untuk mengawal dua DC motor. (MCU=microcontroller unit)
Di atas adalah salah satu contoh litar kawalan motor menggunakan motor driver L293D. Terdapat pelbagai variasi litar motor driver, bergantung kepada jenis dan kegunaan.


Klik pada ikon pendrive untuk muat turun helaian data/data sheet L293D

Motor driver ini boleh diperolehi melalui saya dengan harga RM 16.50 termasuk soket.
Dalam stok : 2
Berminat/perlukan motor driver/H-Bridge ini? Sila isi borang dibawah :





Nama:


No. Telefon:



E-Mail:



Alamat:



Item/Barang:


Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:







Saturday, December 18, 2010

.:Litar Alternatif Pengatur Voltan:.

Bagi pelajar yang masih tercari-cari litar pengatur voltan +5V yang sesuai, disini saya tunjukkan salah satu rekabentuk litar pengatur voltan +5V. Komponen yang diperlukan ialah :



.:Litar Kawalan Motor Menggunakan Relay:.

       Dalam post pada hari minggu yang penuh kesibukan ini saya akan tunjukkan kepada para pelajar-pelajar yang masih tercari-cari litar kawalan motor forward and reverse. Saya percaya ramai lagi para pelajar yang masih dalam dilema dalam menyiapkan projek mini robocom. Bagi pelajar yang tidak menggunakan micropengawal antara litar alternatif untuk mengawal sesebuah motor ialah dengan menggunakan relay. Litar yang saya tunjukkan ini adalah litar kawalan motor jenis power window, menggunakan relay SPDT Songle 12V, 10A.
Contoh litar kawalan motor mengunakan relay

Disini saya tidak akan terangkan apakah kepentingan setiap komponen dan operasi litar tersebut. Diharapkan para pelajar dapat mencari sendiri jawapannya. Dibawah adalah senarai komponen yang saya gunakan:



.:Komponen oh Komponen:.


Komponen..oh komponen.. Saya ada satu cerita, dimana seorang pelajar saya ada membeli komponen kapasitor ceramik 22pF di salah sebuah bandar di Sarawak(bukan Mukah). Terkejut saya apabila dia beritahu komponen yang dibelinya RM 2.00 sebiji. Oh tuhan..padahal untuk makluman para pelajar yang membaca blog ini, capasitor ceramik 22pF harganya hanyalah diantara RM0.25 hingga RM0.40. Paling mahal pun mungkin RM0.50-RM0.60. Tapi apakan daya, mungkin harganya mahal disebabkan kos penghantaran barang kali. Oleh itu, mengenangkan nasib pelajar-pelajar sekalian.
  • Capacitor Electrolytic 100uF (RM0.60)
  • Capacitor Ceramic 22pF (RM0.40)
  • Resistor 4.7K (RM0.30)
  • Diode 1N4148 (RM0.50)
  • Diode 1N5819 (RM1.30)
Saya ada simpan stok komponen tertentu sahaja. Sesiapa yang memerlukan komponen boleh mendapatkannya dengan saya. Untuk pesanan jenis-jenis komponen yang diperlukan, sila isi borang di bawah:




Nama:




No. Telefon:




E-Mail:




Alamat:




Item/Barang:




Kaedah Bayaran:




Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




.::Turn pin & 40 pin turn pin Socket::.

Rajah : Sebelah kiri adalah soket IC biasa dan kanan adalah soket IC jenis turn pin 

Ada pelajar bertanya kepada saya tentang apakah perbezaan diantara soket IC biasa, dan socket IC jenis turn pin. Selain perbezaan dari segi harga, perbezaan yang paling utama adalah dari segi kelebihannya. Soket IC adalah untuk IC, namun soket IC biasa punyai kelemahan terutamanya setelah IC di pasang pada soketnya, adalah agak sukar untuk mengeluarkannya kembali, silap-silap kaki IC boleh bengkok ataupun patah. Soket IC jenis turn pin sama fungsinya dengan soket IC biasa, cuma bentuk soket untuk kaki IC adalah lebih mesra untuk sesebuah IC yang biasanya akan kerap dipasang dan ditanggalkan seperti PIC16F877A, kerana IC ini kerap kali dipasang dan ditanggalkan (dari litar aplikasi ke programmer dan sebaliknya) untuk diprogramkan mengikut kemahuan dan keperluan pengunanya. Turn pin juga hadir dalam bentuk turn pin lurus dan boleh digunakan untuk aplikasi lain selain dari soket IC. Lihat rajah dibawah untuk penggunaan turn pin selain sebagai soket IC.

Soket IC biasa (40 pin) : RM 1.20
Dalam stok : 3
Soket IC jenis turn pin (40 pin) : 5.50
Dalam stok : 3
Turn pin (20 pin) : RM 2.50
Dalam stok : 12

Straight Turn pin (20 pin)

1

2

3

Rajah 1, 2 dan  3 : Contoh penggunaan turn pin

Berminat? Sila isi borang dibawah untuk pesanan:



Nama:




No. Telefon:




E-Mail:




Alamat:




Item/Barang:




Kaedah Bayaran:




Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:






Monday, December 13, 2010

.:Nota Unit 1 & 2 E3062:.

Kepada semua pelajar saya subjek E3062, sila download nota bab 1 dan 2 di sini. Klik pada ikon pendrive.

                                                       Unit 1                                            Unit 2

Saturday, December 11, 2010

.::Battery Holder & 9V Battery Snap::.


Battery Holder/Pemegang Bateri.
Spesifikasi :
  • Pemegang 4 Bateri Saiz AA
  • 2 jenis, A dan B. Seperti gambar.
  • RM 2.50
  • Dalam stok (Jenis A) : 4
  • Dalam Stok (Jenis B) : 4
  • Pemegang bateri 9V. Seperti gambar.
  • RM 3.50
  • Dalam stok : 5


9V Battery Snap.
RM 0.80
Dalam stok : 9

Berminat/perlukan komponen ini? Sila isi borang dibawah untuk pesanan:




Nama:



No. Telefon:



E-Mail:



Alamat:



Item/Barang:



Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




Thursday, December 9, 2010

.:Litar Teras PIC16F877A:.


Memandangkan terdapat beberapa kumpulan projek pelajar menggunakan mikropengawal PIC16F877A, maka disini saya tunjukkan litar asas/teras bagi mikropengawal PIC16F877A. Litar teras uC ini adalah perlu untuk membolehkan PIC16F877A berfungsi. Nilai pengayun kristal (cystal oscilallator) tidak semestinya 4 Mhz. Disini saya lebih menggalakkan pelajar menggunakan Pengayun Kristal 20 Mhz, kenapa? Saya tinggalkan persoalan ini untuk memudahkan saya tanya semula soalan ini semasa pembentangan projek nanti. Tanda anak panah dikedua  arah menunjukkan pin tersebut adalah jenis 'bidirectional I/O pin' bermaksud pin tersebut boleh dijadikan sebagai pin masukan ataupun pin keluaran, manakala anak panah satu arah (yang menunjuk kedalam/keluar sahaja) bermaksud ia adalah pin masukan/keluaran. Litar ini adalah litar asas, oleh itu untuk setiap aplikasi, sekurang-kurangnya, komponen yang tersebut adalah wajib ada bagi membolehkan sesuatu litar PIC16F877A berfungsi, kecuali pin1, MCLR. Kenapa? Sila baca helain data (Data Sheet PIC16F877A).