Monday, November 29, 2010

.:Hacking Servo Motor:.

Dalam post kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk mengubah suai sesebuah servo motor dan kaedah adalah bergantung kepada model, namun kebiasaan yang saya jumpa pelbagai model, kaedahnya hampir sama, malah ada yang lebih mudah. 

Langkah 1 :
Buka 'casing' Servo Motor.

Langkah 2 : 
Buka 'casing dibahagian depan servo motor.

Langkah 3 :
Tanggalkan gear jenis ini, dan cuba perhatikan bentuk + didalam gear tersebut. Bentuk + ini sebenarnya soket untuk potentiometer. Ruang berbentuk + mesti buang dengan menggunakan penggerudi.


Rupa bentuk ruang berbentuk + setelah di gerudi.

Langkah 4:
Perhatikan juga, terdapat penyekat/stopper pada bahagian atas gear tersebut. Penyekat ini juga mesti dibuang.


Gear selepas penyekat dibuang.

Langkah 5
Pasangkan semula servo motor, dan potong ketiga-tiga wayar dan sambungkan pada terminal + dan seterusnya tutup semula 'casing, dan servo motor sedia untuk digunakan.

Uji servo motor dengan masukan (5-6) VDC, sepatutnya servo motor akan berputar seperti DC motor biasa. Selamat mencuba. Semoga mendapat maklumat yang berguna.



No comments:

Post a Comment