Wednesday, May 25, 2011

.:Animasi 3D Logo PMU:.


Siap juga akhirnya animasi ni. Lama juga rupanya nak siapkan sesebuah animasi 3D ni. Patut la animasi 3D Malaysia, Upin & Ipin dan BoboiBoy asyik tayang cerita sama jer. Ni animasi yang saya buat baru beberapa saat pun bukan main susah nak buat. Animasi 3D ini adalah logo Institusi di mana saya berkhidmat. Animasinya bukan la cantik sangat, lagi pun saya bukanlah orang IT, buat hanya sekadar untuk skill development, saja-saja, lagi pun minat. Hahahah... Boring tengok logo statik.

Saya buat animasi ini menggunakan perisian Swif 3D, dengan dibantu oleh beberapa perisian yang lain seperti Adobe Illustrator, dan Macromedia Flash. Kat YouTube saya tak tahu nak buat dia looping. Kalau nak tgk cantik kena sentiasa loop. baru berpusing sepanjang masa. Hahahah

Animasi ini pun saya dah kongsikan dengan rakan-rakan sejawat di ofis. Bagi kawan-kawan se'ofis yang nak letak animasi ni kat blog boleh copy code ni.

<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Sv2cK56BhVM?hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/Sv2cK56BhVM?hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

Kalau nak download boleh klik pada ikon pendrive

File format video, ext file *.avi

File format flash video, ext file *.flv
File format windows projector, ext file *.exe
(saya zip kan file untuk kecilkan saiz)




Monday, May 23, 2011

.:Team RoboRoi:.

Lama betul tak upload blog ni. Hari ni rasa tergerak hati plak nak update. Update kali ni sebenarnya tentang kumpulan projek akhir diploma sesi Disember yang baru sahaja menamatkan pengajian April yang lalu, disini bukan saya nak puji, tapi sekadar untuk berkongsi khas  buat pelajar-pelajar yang sedang asyik diulit cuti semesti yang indah.

Bagi saya, group projek akhir sesi Disember 2010, yang anggotai oleh Azhar, Qayyum, Nazrie, Afiq, Rebita dan Sunti adalah group yang terbaik pernah berada dibawah seliaan saya. Apa yang menyebabkan saya katakan mereka yang terbaik?





-Bagi saya mereka semua adalah pelajar, dan mereka tahu tugas mereka sebagai pelajar. Apa tugas sebagai pelajar? Tanyalah pada diri anda sendiri.
-Mereka rajin berusaha, patuh dengan arahan, komited, mempunyai idea dan melaksanakannya. bukan sekadar memberikan idea semata-mata, serta proaktif dalam melaksanakan idea mereka sendiri.
-tidak berkira dalam melaksanakan projek. Kadang-kadang, salah satu sikap pelajar terlalu berkira untuk membeli peralatan ataupun komponen untuk menjayakan projek mereka. Tapi yang menghairankan mereka tidak pula berkira untuk membeli TopUp untuk telefon bimbit mereka, 10-60 ringgit sehari, malah ada juga yang lebih dari itu, membeli rokok, sehingga 2-3 kotak sehari, balik kampung hampir setiap minggu dan pelbagai lagi.
-mereka bijak dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri, seperti apabila wujudnya 'sleeping partner', itu adalah gejala biasa yang timbul apabila menjalankan tugas berkumpulan. Berbanding sesetengah kumpulan lain yang terpaksa memohon campur tangan pensyarah.

Diharapkan pada semester yang akan datang ini, para pelajar dapat mencontohi bukan sahaja kumpulan yang saya sebutkan ini, terdapat beberapa lagi kumpulan dibawah seliaan pensyarah yang lain juga merupakan yang terbaik.
Lagi satu tak boleh nak puji mereka banyak2, kembang hidung+perasan nanti. hahahah


Tuesday, May 3, 2011

.:Robocon PMU 2011:.

Lama betul rasanya tak update blog, sibuk marking paper, campur ngn sibuk kerja-kerja dirumah, memandangkan isteri yang semakin sarat, dah masuk lapan bulan. Tunggu masa nak post balik kampung jer. hehe. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Dikesempatan yang ada ini, saya cuma nak upload skit gambar-gambar  sepanjang pertandingan robocon PMU. Satu pertandingan permulaan dan pengenalan kepada robotik untuk para pelajar. Dibawah adalah video Robo Tornado. Saya paling suka rekabentuk dan mekanisma robot ni.