Tuesday, February 15, 2011

.:Target Board PIC16F877A utk amali E4160:.

Kepada semua pelajar yang mengambil subjek E4160-Sistem Mikropemproses dan Mikropengawal, di sini saya tunjukkan litar Target Board yang telah siap sebagai contoh untuk anda semua. Litar ini telah di uji dan berfungsi sepenuhnya. Sekiranya litar yang anda siapkan tidak berfungsi, kemungkinan berlaku kesalahan pada polariti komponen, kaedah pematerian yang salah/kurang kemas dan pelbagai kesalahan yang lain atau dalam bahasa mudah, kecekapan/kemahiran anda menyiapkan litar tersebut. Anda mesti menyiapkan litar anda selewat-lewatnya 17 Februari 2010, hari Khamis. Untuk menguji sama ada litar anda berfungsi atau tidak anda boleh berjumpa saya pada hari Rabu dan Khamis ini. Pada hari Jumaat, latihan amali akan bermula. Kegagalan anda untuk menyiapkan litar dan memastikan ianya berfungsi akan menyebabkan anda ketinggalan untuk latihan amali yang berikutnya, dan seterusnya memberikan impak kepada markah penilaian berterusan anda. Sila bawa bateri saiz AA, 1.5V sebanyak 4 biji. Sekian. Selamat mencuba dan selamat berjaya. Untuk makluman semua, hari rabu, saya akan berada di makmal projek dari jam 0130-1630. Sesungguhnya semua telah disediakan, komponen, litar, litar PCB dan segala maklumat. Hanya untuk buat sahaja. 
There's no medicine to cure laziness.......


No comments:

Post a Comment