Tuesday, May 3, 2011

.:Robocon PMU 2011:.

Lama betul rasanya tak update blog, sibuk marking paper, campur ngn sibuk kerja-kerja dirumah, memandangkan isteri yang semakin sarat, dah masuk lapan bulan. Tunggu masa nak post balik kampung jer. hehe. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Dikesempatan yang ada ini, saya cuma nak upload skit gambar-gambar  sepanjang pertandingan robocon PMU. Satu pertandingan permulaan dan pengenalan kepada robotik untuk para pelajar. Dibawah adalah video Robo Tornado. Saya paling suka rekabentuk dan mekanisma robot ni.


Dibawah

Di bawah adalah beberapa gambar untuk tatapan pembaca sekalian. banyak lagi gambarnya. Tak larat nak upload. Tahniah kepada semua pasukan kerana berjaya menyiapkan robot anda. Tak perlu merasa sedih sekiranya anda kalah dalam pertandingan ini. Apa yang penting adalah ilmu serta kemahiran yang diperolehi sepanjang menyiapakan projek robot tersebut. Tahniah.

Semua peserta bergambar bersama robot masing-masing

Last briefing dari ketua pengadil sebelum mula pertandingan 

Pengadil-pengadil yang suspect!! En. Anuar, En. Samsawi, En. Zul, En. Chong

Robo-Roi, modifikasi last minute yang membawa padah. haahhhaahh!!

SarjenKu....robot berbulu

Aummm...!!! Saya suka makan bola....mauah...muah...muahhh!!!

Aumm....!!! Makan lagi...

Rosak di saat akhir.....Banyak sangat makan bola kot...Sakit perut. Haahahahh

Modifakasi yang mudah, tetapi memberikan impak yang besar terhadap keputusan pertandingan

Thussspect!!!!


Gabungan 3 generasi, dari kiri; Bakal isteri orang, dah jadi isteri orang, dan bakal mak orang. hehe. Kartun bertopengkan manusia di belakang tidak termasuk.


Cik Shirley yang sungguh bersemangat memberi semangat untuk pelajar dibawah seliaannya



InsyaALLAH, nanti robot-robot akan menggantikan manusia untuk mengutip sampah

Pasukan Robo-Roi, dibawah seliaan En. Hisyamsani, walaupun kalah dalam pertandingan, namun terubat juga  setelah memenangi kategori Robot terbaik


Kepada team Robo-Roi, Saya tak sempat nak rakam video robot anda semua semasa beraksi, disebabkan kesibukan ketika hari kejadian sebagai ketua pengadil. Apa pun tahniah diatas pencapaian anda semua. Semoga sentiasa sukses.




No comments:

Post a Comment