Lama betul tak upload blog ni. Hari ni rasa tergerak hati plak nak update. Update kali ni sebenarnya tentang kumpulan projek akhir diploma sesi Disember yang baru sahaja menamatkan pengajian April yang lalu, disini bukan saya nak puji, tapi sekadar untuk berkongsi khas buat pelajar-pelajar yang sedang asyik diulit cuti semesti yang indah.
Bagi saya, group projek akhir sesi Disember 2010, yang anggotai oleh Azhar, Qayyum, Nazrie, Afiq, Rebita dan Sunti adalah group yang terbaik pernah berada dibawah seliaan saya. Apa yang menyebabkan saya katakan mereka yang terbaik?
-Bagi saya mereka semua adalah pelajar, dan mereka tahu tugas mereka sebagai pelajar. Apa tugas sebagai pelajar? Tanyalah pada diri anda sendiri.
-Mereka rajin berusaha, patuh dengan arahan, komited, mempunyai idea dan melaksanakannya. bukan sekadar memberikan idea semata-mata, serta proaktif dalam melaksanakan idea mereka sendiri.
-tidak berkira dalam melaksanakan projek. Kadang-kadang, salah satu sikap pelajar terlalu berkira untuk membeli peralatan ataupun komponen untuk menjayakan projek mereka. Tapi yang menghairankan mereka tidak pula berkira untuk membeli TopUp untuk telefon bimbit mereka, 10-60 ringgit sehari, malah ada juga yang lebih dari itu, membeli rokok, sehingga 2-3 kotak sehari, balik kampung hampir setiap minggu dan pelbagai lagi.
-mereka bijak dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri, seperti apabila wujudnya 'sleeping partner', itu adalah gejala biasa yang timbul apabila menjalankan tugas berkumpulan. Berbanding sesetengah kumpulan lain yang terpaksa memohon campur tangan pensyarah.
Diharapkan pada semester yang akan datang ini, para pelajar dapat mencontohi bukan sahaja kumpulan yang saya sebutkan ini, terdapat beberapa lagi kumpulan dibawah seliaan pensyarah yang lain juga merupakan yang terbaik.
Lagi satu tak boleh nak puji mereka banyak2, kembang hidung+perasan nanti. hahahah
No comments:
Post a Comment