Bahang Robocon PMU semakin terasa, 6-7 April ini adalah penentunya. Semua pasukan semakin sibuk menyiapkan robot masing-masing. Tidak lupa juga pihak penganjur yang terdiri dari para pensyarah. Kami, yang dianggotai oleh saya sendiri, En. Muliadi, En. Samsawi dan En. Johari telah bertungkus-lumus menyiapkan beberapa peralatan yang diperlukan. Di sini saya postkan beberapa posing menarik kami dalam persiapan Robocon PMU.
Ukuran perlu dibuat dengan teliti bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. En. Johari di belakang memotong papan lapis dengan penuh skill dan gaya tersendiri. hoh...hoh...
Alamak, En Johari meng'enterprem' di bekalang. Haha. En. Johari adalah orang kuat kami dalam menyiapkan pentas dan ramp untuk Robocon PMU
En. Mualidi dan En. Samsawi, ketua program yang turut turun padang menyiapkan halangan untuk Robocon PMU
Proses membelah kayu. Yeah...penuh gaya.
Hasil kerja yang telah pun siap
Beberapa lagi hasil kerja yang telah siap
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada En. Johari kerana sudi membantu kami menyiapkan pentas dan ramp, serta menggunakan makmal kayu di Jabatan Kejuruteraan Awam. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Mualidi dan En. Samsawi kerana sudi turun padang membantu. Tidak lupa, terima kasih juga kepada En. Mahzdir diatas kesudian menjengah kami di makmal kayu, dan En. Chong Man Lung, kerana sudi membantu walaupun tak sempat nak bantu sebab operasi ini diawalkan sehari dari yang dimaklumkan, sebab En. Johari mempunyai komitmen yang lain pada hari yang telah dimaklumkan sebelum ini. Maaf sebab tak sempat nak maklumkan ada perubahan jadual. Anyway, thanks a lot.
siap lah..litar da bumper besar punya
ReplyDelete