Sunday, March 27, 2011

.:Latihan Mingguan Team Robot Soccer PMU:.

Untuk makluman kepada semua pelajar, pada setiap hari Jumaat jam 230 petang, pasukan Robot Soccer PMU menjalankan latihan seperti biasa. Sekiranya anda berminat untuk menyertai Pasukan Robot Soccer PMU ataupun ingin mengetahui apakah itu robot soccer, anda semua dijemput hadir ke Sesi latihan tersebut. Syarat kelayakan minimum untuk menyertai pasukan robot soccer PMU sekurang-kurangnya tahu dan berminat dengan komputer serta aplikasinya, lebih baik sekiranya anda tahu dan berminat dengan programming/pengaturcaraan.


Sesi latihan yang diadakan, merangkumi Camera Setting, Color Calibration dan Behaviour Programming


Pn. Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pn. Rohaida turut hadir memberikan komitmen

Antara kemahiran yang diajar kepada anggota pasukan adalah camera setting, color calibrating, membuat hand shaking dan akan datang, akan diajar cara-cara untuk menghasilkan behaviour programming. Sesiapa sahaja yang berminat dijemput hadir semasa sesi latihan untuk sesi berkenalan terlebih dahulu dengan Robot Soccer.




3 comments:

  1. wahhhhhhhhh............... Rindu plak nk main robot nie. :( En Sani. Dh ramai ke org masuk RCPMU skrg?

    ReplyDelete
  2. macam biasa....secara sukarela 2-3 orang jer.. beberapa lagi kena paksa... biasa la, bila melibatkan programming, semua nak lari..

    ReplyDelete
  3. good luck u all, PMU dah dapat berita Piala Dekan 2 belom? hope korang turun....

    ReplyDelete