Sunday, December 26, 2010

.:Motor Driver L293D:.

Motor driver L293D
Dalam post kali ini, saya akan tuliskan sedikit sebanyak tentang kegunaan motor driver. Untuk mengawal sesebuah DC motor dengan menggunakan micropengawal bukannlah sesuatu yang sukar. Untuk pengetahuan semua sesebuah DC motor boleh dikawal terus dengan menggunakan mikropengawal, tetapi perlu diketahui bahawa, voltan yang keluar dari sesebuah mikropengawal PIC16F877A contohnya, hanyalah +5V sahaja. Bagaimana sekiranya motor tersebut memerlukan voltan +12V contohnya? Adakah +5V itu mencukupi? Semestinya tidak. Oleh itu motor driver diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Terdapat banyak motor driver dipasaran dan pelbagai jenis, DC motor driver, servo motor driver, stepper motor driver, high current motor driver dan pelbagai lagi. Disini saya akan terangkan tentang DC motor driver jenis L293D keluaran Texas Instrument. Dibawah adalah pin diagram bagi L293D.
L293D pin diagram
Disini saya juga akan tunjukkan contoh litar untuk aplikasi pada mikropengawal. Detail berkenaan motor driver ini, sila baca helaian data/data sheet, boleh download sini.

Contoh Litar untuk mengawal dua DC motor. (MCU=microcontroller unit)
Di atas adalah salah satu contoh litar kawalan motor menggunakan motor driver L293D. Terdapat pelbagai variasi litar motor driver, bergantung kepada jenis dan kegunaan.


Klik pada ikon pendrive untuk muat turun helaian data/data sheet L293D

Motor driver ini boleh diperolehi melalui saya dengan harga RM 16.50 termasuk soket.
Dalam stok : 2
Berminat/perlukan motor driver/H-Bridge ini? Sila isi borang dibawah :





Nama:


No. Telefon:



E-Mail:



Alamat:



Item/Barang:


Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:







6 comments:

  1. salam en sani....

    saya nak tanya..ada tak motor driver untuk stepper motor?

    ReplyDelete
  2. salam, macam mane nak contact awak

    ReplyDelete
  3. salam. bole bagi no telefon x? saya nk tnya tentang projek nie

    ReplyDelete
  4. Makluman, sebarang order/pesanan komponen elektronik di gantung buat sementara sehingga di beritahu kelak, saya dalam proses recovery selepas pindah, tambah2 barang2 dari sarawak masih belum sampai.
    apa2 pertanyaan boleh saja e-mail saya, hsani2u@gmail.com,stepper motor driver L298 asalnya ada.tapi masih dalam kontena. entah bila la nak sampai. mintak maaf byk2

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum hendak tanya kedai encik di mana ???? kalau saya hendak tempah komponen macam mana ?????

    ReplyDelete
  6. saya hendak minta izin untuk ambil dokumenn ini save dalam saya boleh ke tidak

    ReplyDelete