Showing posts with label Servo Motor. Show all posts
Showing posts with label Servo Motor. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

.:Mengawal Servo Motor dengan PIC16F877A:.

Memandangkan post saya sebelum ini .:Mengawal Servo Motor:. tidak dapat membantu pelajar-pelajar yang menggunakan servo motor, jadi disini saya sertakan contoh/sampel programming dan litarnya sekali. Diharap para pelajar yang menggunakan servo motor untuk mengawal robot arm dan pelajar yang membuat projek Hexapod robot dapat menemui cahaya yang selama ini dalam kegelapan dan seterusnya membawa mereka ke jalan yang benar...hehe :)... Litar dan programming adalah seperti dibawah :



Sambungan servo motor ke PIC16F877A



Thursday, March 3, 2011

.:Mengawal Servo Motor:.

Tempoh untuk menyiapkan projek yang bertemakan PMU Robocon semakin hampir ke penghujungnya. Semakin ramai juga bertungkus lumus menyiapkan sisa-sisa projek yang masih lagi banyak....BANYAK?? Sisa ke? Itu bukannya sisa, itu adalah kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan lebih awal, namun dipandang enteng oleh para pelajar, lengah-lengah, balik kampung, facebook, web facebook lebih penting daripada web carian google, web blog saya, hehe, macam-macam lagi, yang baru nak buat litar pun ada, baru nak faham litar lagi la ada....aduhai.....masa genting beginilah baru mula sungguh-sungguh mencari dan mengejar pensyarah...nasib baik saya baik..hehe...jadi di kesempatan ini, memandangkan adanya pelajar yang menggunakan servo motor untuk mengawal 'robot arm', jadi saya tunjukkan cara untuk mengawal servo motor menggunakan mikropengawal. Lihat, baca dan fahamkan rajah di bawah. Klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.


Bagaimana nak buat programming? Di gambar tu saya dah letak programming yang utama. selebihnya cuba buat sendiri dulu. Cuba ingat balik subjek E3062, kalau lupa, sama ada terlebih makan semut, atau banyak makan meggi, atau terbuat banyak benda-benda 'lagha', boleh rujuk dengan pelajar-pelajar sem 3 yang mengambil subjek E3062, DKE 3A,  tidak perlu rasa malu, dalam belajar jgn ada rasa malu, dan jangan terlalu ego. Kalau tak nak, boleh jumpa saya, atau mana-mana pensyarah. Semestinya mereka sedia membantu. Good Luck!!! Gambate Tebayyo.....!!!


* nilai delay adalah bergantung kepada nilai crystal oscilator/oscilator.
* nilai cycle adalah bergantung kepada model servo motor. Lihat data sheet/lampiran data model servo motor. Bagi yang menggunakan model C36R, C40R dan C55R, cycle adalagh 20 ms. oleh itu, untuk berpusing ke kiri, kitaran adalah 1 ms untuk 1 dan 19 ms untuk 0. Manakala untuk berpusing ke kanan, kitaran adalah 2 ms untuk 1 dan 18 ms untuk 0.


  _                        _                       _
 | |                        | |                      | |
 | |                        | |                      | |         
 | |____________| |___________| |___________________ (50 kali)
 1ms    19ms      1ms      19ms     1ms   19ms
 
 |<----20ms--->|


  _                           _                        _
 |   |                        |   |                      |   |
 |   |                        |   |                      |   |            
 |   |____________|   |___________|   |___________________ (50 kali)
 2ms    18ms          2ms      18ms       2ms   18ms
     
 |<-----20ms----->|



THERE's NO MEDICINE TO CURE LAZINESS..........................



Saturday, February 12, 2011

.::servo motor C55R::.

Servo motor C55R

Struktur dalaman C55R



Specification:
  • Origin: China
  • Full Metal Gears
  • Suitable for heavy duty application
  • 2 Ball Bearings
  • Speed (sec/60deg): 0.22/4.8V, 0.20/6.0V, 0.17/7.2V
  • Torque (Kg-cm): 9.0/4.8V, 11.0/6.0V, 13.0/7.2V (maximum 7.2V)
  • Size (mm): 40.8x20.18x36.5
  • Weight (g): 55
  • Rotation angle: 180 degree
  • Pulse width range: 0.582ms to 2.5ms (estimation)
  • Designed for "closed feedback".
  • Able to control the position of the motor
  • C/W plastic servo horn and accessories
Dalam stok : 0


Berminat? Sila isi borang dibawah untuk pesanan.



Nama:


No. Telefon:



E-Mail:



Alamat:



Item/Barang:



Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




.::Servo Motor Extension Cable::.


Servo Motor Extension Cable/wayar penyambung Servo Motor, sepanjang 30 cm, sesuai digunakan untuk menyambung servo motor  yang berada jauh dari dari host/pengawal/mikropengawal. Dihujungnya disediakan soket Male dan Female untuk pemudahkan penyambungan dari hujung wayar servo motor kepada wayar penyambung.

Spesifikasi
Panjang : 30 cm
RM 2.90
Di dalam stok : 7
Anda juga mungkin berminat dengan Servo motor C36R, C40R, C55R.

Berminat? Sila isi borang dibawah untuk pesanan :




Nama:



No. Telefon:



E-Mail:


Alamat:



Item/Barang:



Kaedah Bayaran:



Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




Monday, November 29, 2010

.:Hacking Servo Motor:.

Dalam post kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk mengubah suai sesebuah servo motor dan kaedah adalah bergantung kepada model, namun kebiasaan yang saya jumpa pelbagai model, kaedahnya hampir sama, malah ada yang lebih mudah. 

Langkah 1 :
Buka 'casing' Servo Motor.

.:Mengapa Perlu 'Hack' Servo Motor:.

Ada pelajar bertanyakan pada saya, mengapa perlu 'hack' servo motor? Sebenarnya sesebuah servo motor itu perlu di'hack' atau pun tidak adalah bergantung kepada keperluan. Kita guna servo motor untuk apa sebenarnya. Seperti yang telah saya terangkan dalam post .::servo motor::. , servo motor kebiasaannya digunakan untuk menggerakkan arm/tangan robot ataupun aplikasi yang memerlukan motor yang mempunyai tork/daya kilas yang tinggi. Servo motor hanya akan bergerak sekiranya PWM diberikan. Pergerakan servo motor biasanya dihadkan maksimum 180 darjah ataupun bagi sesetengah model 270 darjah. Oleh itu, untuk membolehkan sesebuah servo motor itu diaplikasikan untuk kegunaan yang memerlukan motor tersebut bergerak secara 360 darjah, servo motor itu harus di ubah suai. Bagaimana? Rujuk post saya bertajuk .:Hacking Servo Motor :.

Servo motor mempunyai 3 wayar/terminal. Lihat Rajah dibawah.



Saturday, November 13, 2010

.::servo wheel::.

Servo wheel ini sesuai digunakan untuk robot kecil seperti line follower robot, light folower robot, dan sebagainya. Servo wheel boleh dipasangkan terus pada servo motor dan berpadanan dengan soket servo motor.
Spesifikasi adalah seperti berikut :
  • diameter : 80 mm
  • material : nylon dan getah
  • RM 15 (1 unit)
Dalam stok : 20


Berminat? Sila isi borang di bawah untuk pesanan:



Nama:




No. Telefon:




E-Mail:




Alamat:




Item/Barang:




Kaedah Bayaran:




Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:






.::servo motor C40R::.


C40R



  • 2 Ball Bearings



  • Speed (sec/60deg): 0.19/4.8V, 0.16/6.0V




  • Torque (Kg-cm): 6.0/4.8V, 7.0/6.0V (Maximum 6.0V) 




  • Size (mm): 40.8x20.18x36.5




  • pulse width  range: 0.546ms to 2.4ms (estimation)




  • Weight (g): 38




  • Designed for "closed feedback".




  • Able to control the position of the motor




  • RM 60.00



  • Dalam stok : 10


    Berminat? Sila isi borang di bawah untuk pesanan:



    Nama:



    No. Telefon:



    E-Mail:



    Alamat:



    Item/Barang:



    Kaedah Bayaran:



    Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:




    .::servo motor C36R::.


    C36R



  • Speed (sec/60deg): 0.16/4.8V, 0.14/6.0V



  • Torque (Kg-cm): 3.5/4.8V, 4.5/6.0V (Maximum 6.0V)



  • Size (mm): 40.8x20.18x36.5



  • pulse width  range: 0.546ms to 2.4ms (estimation)



  • Weight (g): 36



  • Designed for "closed feedback".



  • Able to control the position of the motor



  • RM 50.00




  • Dalam stok : 0

    Sekiranya berminat/perlukan motor ini, sila isi borang pesanan dibawah :




    Nama:




    No. Telefon:




    E-Mail:




    Alamat:




    Item/Barang:




    Kaedah Bayaran:




    Saya akan membuat bayaran dalam tempoh:







    .:servo motor:.

    Dalam post kali ini saya akan terangkan secara ringkas tentang RC servo motor. kesilapan yang biasa pelajar lakukan semasa melaksanakan sesuatu projek adalah mereka menganggap servo motor seperti DC motor, dengan memberikan voltan input pada terminal +, dan -, dan keputusannya Motor tersebut tidak berputar, dan ada yang terus membuat kesimpulan, motor tersebut rosak. Aduhai.....fenim kafla ana.... Cuba perhatikan rajah servo motor di bawah.



    Servo motor adalah alat electromechanical. Ia adalah sebuah motor yang mempunyai suap balik/feedback loop. Oleh itu ia merupakan sebuah motor yang boleh dikawal posisi dan kelajuannya tanpa feedback kepada microcontroller. Servo motor hanya berputar dalam lingkungan sudutnya sahaja, kebiasaannya maksimum putarannya adalah 180 darjah.


    Servo motor mempunyai 3 terminal, +, - dan signal. Biasanya wayar berwarna merah untuk terminal +, hitam/coklat untuk terminal - ataupun ground, manakala wayar berwarna kuning/oren/putih adalah untuk signal. Terminal signal disambungkan pada signal PWM (pulse width modulation). Apabila PWM di berikan barulah servo motor ini bergerak, namun pergerakannya adalah mengikut kadar PWM yang diberikan. servo motor bergerak mengikut darjah putaran dan kebiasaanya paling maksimum adalah 180 darjah, dan ada juga 270 darjah mengikut model. Walaupun begitu, servo motor boleh di ubah/'hack' kepada 360 darjah. Saya akan terangkan kaedah dan caranya dalam post yang akan datang.


    Saya juga akan terangkan tentang PWM dan cara menggerakkan servo motor menggunakan PIC16F877A dalam post yang akan datang.


    Sekiranya anda perlukan dengan servo motor, sila email saya : hsani@gmail.com atau boleh berjumpa dengan saya (bagi yang dekat)
    Untuk spesifikasi model sila klik pautan ini.