Showing posts with label Buletin PMU. Show all posts
Showing posts with label Buletin PMU. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

.:Persiapan Robocon PMU:.

Bahang Robocon PMU semakin terasa, 6-7 April ini adalah penentunya. Semua pasukan semakin sibuk menyiapkan robot masing-masing. Tidak lupa juga pihak penganjur yang terdiri dari para pensyarah. Kami, yang dianggotai oleh saya sendiri, En. Muliadi, En. Samsawi dan En. Johari telah bertungkus-lumus menyiapkan beberapa peralatan yang diperlukan. Di sini saya postkan beberapa posing menarik kami dalam persiapan Robocon PMU.



Ukuran perlu dibuat dengan teliti bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. En. Johari di belakang memotong papan lapis dengan penuh skill dan gaya tersendiri. hoh...hoh...

.:Latihan Mingguan Team Robot Soccer PMU:.

Untuk makluman kepada semua pelajar, pada setiap hari Jumaat jam 230 petang, pasukan Robot Soccer PMU menjalankan latihan seperti biasa. Sekiranya anda berminat untuk menyertai Pasukan Robot Soccer PMU ataupun ingin mengetahui apakah itu robot soccer, anda semua dijemput hadir ke Sesi latihan tersebut. Syarat kelayakan minimum untuk menyertai pasukan robot soccer PMU sekurang-kurangnya tahu dan berminat dengan komputer serta aplikasinya, lebih baik sekiranya anda tahu dan berminat dengan programming/pengaturcaraan.


Sesi latihan yang diadakan, merangkumi Camera Setting, Color Calibration dan Behaviour Programming


Pn. Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pn. Rohaida turut hadir memberikan komitmen

Antara kemahiran yang diajar kepada anggota pasukan adalah camera setting, color calibrating, membuat hand shaking dan akan datang, akan diajar cara-cara untuk menghasilkan behaviour programming. Sesiapa sahaja yang berminat dijemput hadir semasa sesi latihan untuk sesi berkenalan terlebih dahulu dengan Robot Soccer.




.:Operasi Menyelamat Ikan di Kolam JKA:.

Di satu pagi sabtu yang penuh ketenangan tetapi amat menyibukkan, kolam ikan di Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengalami kekeringan (ada skit jer air). Setelah menerima panggilan kecemasan dari guard/pengawal yang secara kebetulan  melalui kawasan kolam tersebut, saya bersama En. Johari, En. Muliadi, En. Rimenjus dan En. Syed telah bergegas ke kolam tersebut. Tindakan pantas kami semua telah berjaya menyelamatkan kesemua ikan-ikan yang mendiami kolam tersebut.


Operasi menyelamat, Mission Accomplish 

Setelah segala siasatan dibuat, didapati kolam tersebut kering bukanlah disebabkan water pump failure, tetapi tempat takungan air dari water pump tersumbat, overflow lalu mengalir keluar dari kolam. Yang menggembirakan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Alhamdulillah......Semua ikan selamat setelah menerima urutan penuh kasih sayang daripada En. Mualiadi dan En. Johari. Mereka memang pakar mengurut ikan. hehe..



.:Pembentangan Projek Sijil-Sesi 2:.

Pembentangan projek pelajar sijil kejuruteraan elektrik, bertemakan 20 Watt Power Amp sesi kedua telah berlangsung pada hari Isnin 21 Mac 2011, disini saya postkan beberapa gambar hasil projek mereka.

Power amp ini ok. Ada power, dan kosmetik juga cantik


Sunday, March 20, 2011

.:Pembentangan Projek Sijil-Sesi 1:.

Pembentangan projek pelajar sijil kejuruteraan elektrik, bertemakan 20 Watt Power Amp sesi pertama telah berlangsung pada hari Jumaat 18 Mac 2011, disini saya postkan beberapa gambar hasil projek mereka.


Power Amp katak, kosmetiknya memang cantik, tapi bunyi macam katak pisang la...tak power. hehe. Apa-apa pun, tahniah di atas kreativiti.

 Baca selanjutnya>>