Showing posts with label Buletin Robot Soccer PMU. Show all posts
Showing posts with label Buletin Robot Soccer PMU. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

.:Latihan Mingguan Team Robot Soccer PMU:.

Untuk makluman kepada semua pelajar, pada setiap hari Jumaat jam 230 petang, pasukan Robot Soccer PMU menjalankan latihan seperti biasa. Sekiranya anda berminat untuk menyertai Pasukan Robot Soccer PMU ataupun ingin mengetahui apakah itu robot soccer, anda semua dijemput hadir ke Sesi latihan tersebut. Syarat kelayakan minimum untuk menyertai pasukan robot soccer PMU sekurang-kurangnya tahu dan berminat dengan komputer serta aplikasinya, lebih baik sekiranya anda tahu dan berminat dengan programming/pengaturcaraan.


Sesi latihan yang diadakan, merangkumi Camera Setting, Color Calibration dan Behaviour Programming


Pn. Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pn. Rohaida turut hadir memberikan komitmen

Antara kemahiran yang diajar kepada anggota pasukan adalah camera setting, color calibrating, membuat hand shaking dan akan datang, akan diajar cara-cara untuk menghasilkan behaviour programming. Sesiapa sahaja yang berminat dijemput hadir semasa sesi latihan untuk sesi berkenalan terlebih dahulu dengan Robot Soccer.




Tuesday, February 15, 2011

.:4th FIRA Malaysia Cup @ PKB:.


Pasukan Robot Soccer PMU sesi 2010, Dari kiri; Benet Latit, Gilber Yaman, En. Norazam, En. Sani, En. Huzaifah dan Mohd Faridzhul. Tiada dalam gambar : Moses, Ahzry, Cik Shirley dan En. Samsawi.

Sepatutnya post in saya buat pada tahun lepas lagi, tapi disebabkan kesibukan kerja-kerja dipejabat dan urusan perkahwinan masa tu, heh..heh..lupe terus. Tengok-tengok gambar dalam handphone, baru teringat pasal nak post Pertandingan Robot Soccer, 4th FIRA Malaysia Cup 2010. 
      Apa pun saya nak juga postkan tentang 4th FIRA Malaysia Cup yang telah diadakan pada 9-13 Julai 2010 di Politeknik Kota Bharu Kelantan. Selain daripada 15 politeknik yang beraksi, pertandingan juga disertai oleh UKM dan UNIMAP. Sepanjang perlawanan tersebut, banyak yang telah dipelajari oleh pasukan robot Soccer PMU terutamanya kelemahan pasukan robot soccer yang menggunakan sistem daripada Singapura, selain itu player color patch yang mesti diperbaharui untuk memastikan camera dapat mengenalpasti player dengan lebih mudah dan efisyen terutamanya dalam suasana yang tidak mendapat cahaya yang secukupnya. Hasil daripada pertandingan tersebut Insyaallah, tahun ini kita akan cuba tambah baik apa yang telah dipelajari dan aplikasikan pada 5th FIRA Malaysia Cup 2011 yang bakal diadakan di POLIMAS.

Monday, November 29, 2010

.:Robot Soccer @ FIRA:.


       
FIRA Robot soccer adalah hasil cetusan idea Prof. Jong-Hwan Kim yang mula menganjurkan kejohanan FIRA Robot soccer pada 1996, di KIAST, Daejeon, Korea. Federation Of International Robosoccer Association (FIRA), pula telah di tubuhkan pada 5 Jun 1997. Sejak itu, FIRA Robot World Cup telah diadakan setiap tahun di peringkat antarabangsa. Sepanjang pertandingan tersebut, FIRA Robot Wold Congress dengan kerjasama FIRA cup juga mengadakan sesi pembentangan kertas kerja tentang penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap Robot soccer masing-masing samada penambahbaikan dari segi perkakasan (hardware) mahupun strategi (software). Sesi pembentangan kertas kerja ini adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan teknologi serta menggalakkan aktiviti R&D dikalangan semua peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, latarbelakang dan budaya.

Di Malaysia, Bahagian Pembangunan Akademik dan Kurikulum, Jabatan Pengurusan Politeknik (JPP) telah mengambil inisiatif dengan membekalkan kepada politeknik-politeknik set Robot Soccer, 5 vs 5 dengan harapan, Malaysia seiring dengan teknologi terkini serta turut sama dalam Robot Soccer ini. Robot Soccer bukanlah sekadar permainan semata-mata, tetapi terkandung disebaliknya pelbagai ilmu, teknologi dalam pelbagai bidang yang boleh diterokai. Robot Soccer adalah Robot Multi-agent yang terdiri daripada gabungan pelbagai bidang seperti Robotik, Mekatronik, pemprosesan imej, Sistem Komunikasi, Kejuruteraan dan Sistem Komputer, kepintaran buatan, serta strategi bola sepak yang ditafsirkan kedalam bentuk permainan Robot Soccer. Kesemua elemen tersebut digabungkan dan diharmonikan melalui pengetahuan sains dan teknologi, sukan serta kerjasama dalam satu pasukan. 
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan FIRA dan Robot Soccer, anda boleh melayari web ini:




.:PMU Robot Soccer Team:.

Teras Pasukan Robot Soccer PMU; Dari kiri, En. Huzaifah, Cik Shirley, En. Samsawi, En. Hisyamsani & En. Norazam (tiada dalam gambar)




Lihat bagaimana Pasukan Robot Soccer PMU menjaringkan gol semasa perlawanan persahabatan diantara PMU dan PTSB


Pasukan Robot Soccer PMU/PMU Robot Soccer Team telah ditubuhkan secara tidak Rasmi pada 28 Februari 2009. Teras pasukan ini diketuai oleh En. Hisyamsani dibantu oleh En. Huzaifah, En. Norazam, En. Samsawi dan Cik Shirley. Pasukan ini telah dianggotai oleh setakat ini 8 orang pelajar, iaitu Faridzul, Benet Latit, Ahzry, Moses, Gilbert, Azhar Wasli, Amirul Qayyum, Zaidi dan Sunti. InsyALLAH, semester dalam sesi Disember 2010, pasukan ini akan melebarkan lagi sayapnya dan mencari pelapis bagi pasukan Robot Soccer PMU. Iklan berkaitan pengambilan pelapis pasukan Robot Soccer ini akan diiklanlan setelah kertas kerja yang berkaitan diluluskan. Diantara aktiviti yang dijalankan oleh pasukan Robot Soccer PMU ialah : 

  • Terlibat dalam kajian dan pembangunan (R&D) dalam bidang Robot Soccer.
  • Menyertai Seminar Kajian dan Pembangunan Robot Soccer pada 8 Julai 2010 dengan tajuk Kajian 'Co-striker Behaviour'.
  • Menghasilkan strategi baru bagi Robot Soccer.
  • Menyertai pertandingan Robot Soccer FIRA Malaysia peringkat kebangsaan yang talah diadakan pada 8-14 Julai 2010 di Politeknik Kota Bharu.
  • Kursus Pengaturcaraan Robot Soccer untuk pelajar yang telah diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam pada 21-26 November 2010. (Pasukan Robot Soccer PMU telah menghantar 4 orang pelajar)
  • Sesi latihan berkala, diadakan sepanjang semester.
Apakah itu Robot Soccer? Saya akan postkan dalam post yang lain untuk memudahkan capaian terhadap maklumat dan tidak bercampur aduk. Atau boleh klik disini.