Kepada kawan-kawan semua, tidak lupa juga para pelajar saya sekalian, disini saya kongsikan nota tidak rasmi berkenaan Kursus Pembangunan Course ware menggunakan perisian Macromedia Director MX yang telah dilaksanakan pada 10 dan 11 Januari 2010 di Makmal Hypermedia 3 JTMK. Nota ini struktur bahasanya juga tidak rasmi, namun diharap sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan dan pelajar-pelajar yang berminat dalam pembangunan course ware. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dipersilakan email saya : hsani2u@gmail.com
Kursus Course Ware
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Monday, January 10, 2011
Saturday, December 18, 2010
.:Komponen oh Komponen:.
Komponen..oh komponen.. Saya ada satu cerita, dimana seorang pelajar saya ada membeli komponen kapasitor ceramik 22pF di salah sebuah bandar di Sarawak(bukan Mukah). Terkejut saya apabila dia beritahu komponen yang dibelinya RM 2.00 sebiji. Oh tuhan..padahal untuk makluman para pelajar yang membaca blog ini, capasitor ceramik 22pF harganya hanyalah diantara RM0.25 hingga RM0.40. Paling mahal pun mungkin RM0.50-RM0.60. Tapi apakan daya, mungkin harganya mahal disebabkan kos penghantaran barang kali. Oleh itu, mengenangkan nasib pelajar-pelajar sekalian.
- Capacitor Electrolytic 100uF (RM0.60)
- Capacitor Ceramic 22pF (RM0.40)
- Resistor 4.7K (RM0.30)
- Diode 1N4148 (RM0.50)
- Diode 1N5819 (RM1.30)
Saya ada simpan stok komponen tertentu sahaja. Sesiapa yang memerlukan komponen boleh mendapatkannya dengan saya. Untuk pesanan jenis-jenis komponen yang diperlukan, sila isi borang di bawah:
.::Turn pin & 40 pin turn pin Socket::.
Rajah : Sebelah kiri adalah soket IC biasa dan kanan adalah soket IC jenis turn pin
Ada pelajar bertanya kepada saya tentang apakah perbezaan diantara soket IC biasa, dan socket IC jenis turn pin. Selain perbezaan dari segi harga, perbezaan yang paling utama adalah dari segi kelebihannya. Soket IC adalah untuk IC, namun soket IC biasa punyai kelemahan terutamanya setelah IC di pasang pada soketnya, adalah agak sukar untuk mengeluarkannya kembali, silap-silap kaki IC boleh bengkok ataupun patah. Soket IC jenis turn pin sama fungsinya dengan soket IC biasa, cuma bentuk soket untuk kaki IC adalah lebih mesra untuk sesebuah IC yang biasanya akan kerap dipasang dan ditanggalkan seperti PIC16F877A, kerana IC ini kerap kali dipasang dan ditanggalkan (dari litar aplikasi ke programmer dan sebaliknya) untuk diprogramkan mengikut kemahuan dan keperluan pengunanya. Turn pin juga hadir dalam bentuk turn pin lurus dan boleh digunakan untuk aplikasi lain selain dari soket IC. Lihat rajah dibawah untuk penggunaan turn pin selain sebagai soket IC.
Soket IC biasa (40 pin) : RM 1.20
Dalam stok : 3
Soket IC jenis turn pin (40 pin) : 5.50
Dalam stok : 3
Turn pin (20 pin) : RM 2.50
Dalam stok : 12
Berminat? Sila isi borang dibawah untuk pesanan:
Sunday, November 21, 2010
.::Voltage Regulator::.
Voltage Regulator/pengatur voltan, merupakan salah satu komponen yang amat biasa di gunakan bagi litar elektronik terutamanya 7805, kerana kebanyakan litar-litar elektronik yang menggunakan IC menggunakan voltan 5V. Terdapat pelbagai litar bagi mendapatkan voltan 5V, ada yang menggunakan litar pembahagi voltan, litar transistor dan lebih senang dengan menggunakan pengatur voltan jenis 7805. 7805 merupakan litar terkamil/integrated circuit yang mempunyai 3 pin dan menyerupai transistor(namun bukannya transistor), Voltan 5 volt boleh terus diperolehi dengan menyambung komponen ini seperti rajah di bawah :
Berdasarkan rajah di atas, 7805 boleh disambungkan terus pada pin DC in, Gnd, dan DC out untuk mendapatkan voltan 5V. Penambahan kapasitor 10uF dan 1uF bukanlah satu syarat untuk ianya berfungsi namun, penambahan kapasitor tersebut akan menghasilkan voltan yang lebih stabil.
Spesifikasi :
L7805M (positif voltage regulator)
RM 2.00
Dalam stok : 11
Berminat? Sila isi borang di bawah untuk pesanan:
Saturday, November 13, 2010
.:servo motor:.
Dalam post kali ini saya akan terangkan secara ringkas tentang RC servo motor. kesilapan yang biasa pelajar lakukan semasa melaksanakan sesuatu projek adalah mereka menganggap servo motor seperti DC motor, dengan memberikan voltan input pada terminal +, dan -, dan keputusannya Motor tersebut tidak berputar, dan ada yang terus membuat kesimpulan, motor tersebut rosak. Aduhai.....fenim kafla ana.... Cuba perhatikan rajah servo motor di bawah.
Servo motor adalah alat electromechanical. Ia adalah sebuah motor yang mempunyai suap balik/feedback loop. Oleh itu ia merupakan sebuah motor yang boleh dikawal posisi dan kelajuannya tanpa feedback kepada microcontroller. Servo motor hanya berputar dalam lingkungan sudutnya sahaja, kebiasaannya maksimum putarannya adalah 180 darjah.
Servo motor mempunyai 3 terminal, +, - dan signal. Biasanya wayar berwarna merah untuk terminal +, hitam/coklat untuk terminal - ataupun ground, manakala wayar berwarna kuning/oren/putih adalah untuk signal. Terminal signal disambungkan pada signal PWM (pulse width modulation). Apabila PWM di berikan barulah servo motor ini bergerak, namun pergerakannya adalah mengikut kadar PWM yang diberikan. servo motor bergerak mengikut darjah putaran dan kebiasaanya paling maksimum adalah 180 darjah, dan ada juga 270 darjah mengikut model. Walaupun begitu, servo motor boleh di ubah/'hack' kepada 360 darjah. Saya akan terangkan kaedah dan caranya dalam post yang akan datang.
Saya juga akan terangkan tentang PWM dan cara menggerakkan servo motor menggunakan PIC16F877A dalam post yang akan datang.
Sekiranya anda perlukan dengan servo motor, sila email saya : hsani@gmail.com atau boleh berjumpa dengan saya (bagi yang dekat)
Untuk spesifikasi model sila klik pautan ini.
.:DC motor:.
Dalam post kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang beberapa perkakasan elektronik. Untuk post kali ni, saya nak terangkan sedikit berkenaan DC motor dan RC servo motor. Ramai student projek di JKE PMU mungkin tidak tahu perbezaan diantara DC motor dan RC servo motor.
Saya akan terangkan ringkas sahaja berkenaan DC motor ini, kerana bagi saya DC motor semua pelajar tahu tentangnya. DC motor adalah motor elektrik yang menggunakan arus terus (DC – Direct Current). DC Motor mempunyai dua terminal sahaja. Motor akan berpusing apabila dua terminal tersebut diberikan voltan mengikut keperluannya (5-12)V. Arah pusingannya pula bergantung kepada polarity bekalan. Kelajuan motor diukur dalam rpm (revolutions perminute - bukannya round perminute )ataupun dalam bahasa Melayu/Malaysia bilangan pusingan dalam satu minit. Dalam post akan datang saya akan terangkan tentang RC servo motor.
Saya akan terangkan ringkas sahaja berkenaan DC motor ini, kerana bagi saya DC motor semua pelajar tahu tentangnya. DC motor adalah motor elektrik yang menggunakan arus terus (DC – Direct Current). DC Motor mempunyai dua terminal sahaja. Motor akan berpusing apabila dua terminal tersebut diberikan voltan mengikut keperluannya (5-12)V. Arah pusingannya pula bergantung kepada polarity bekalan. Kelajuan motor diukur dalam rpm (revolutions perminute - bukannya round perminute )ataupun dalam bahasa Melayu/Malaysia bilangan pusingan dalam satu minit. Dalam post akan datang saya akan terangkan tentang RC servo motor.
Subscribe to:
Posts (Atom)










