Bahang Robocon PMU semakin hangat. Dalam post kali ini saya akan tunjukkan beberapa buah robot dari pasukan yang lain pulak. Asyik tunjuk pasukan sendiri jer..hehe... Untuk post kali ini saya hanya dapat tunjukkan robot dari dua pasukan terlebih dahulu iaitu pasukan di bawah seliaan En. Mahadzir dan En. Norazam. Kedua-duanya hebat, lagi menggerunkan.....hoh..hoh...
Pasukan dibawah seliaan En. Mahadzir, robot mereka dinamakan sebagai Zact06a K abumblebee. Memang hebat, nak eja pun dah susah. Lihat Rajah dibawah :
Showing posts with label Robot dan Projek Berkaitan. Show all posts
Showing posts with label Robot dan Projek Berkaitan. Show all posts
Sunday, March 27, 2011
Sunday, March 20, 2011
.:Projek-Mobile Robot Arm Siri 4:.
Post bagi projek mobile robot arm telah memasuki siri ke 4, berikut adalah perkembangannya.
Modifikasi secara keseluruhan telah dibuat menyebabkan progress projek ini agak perlahan. Sejauh mana mobile robot arm ini boleh berfungsi? Nantikan siri ke 5.
Sunday, February 27, 2011
.:Line Follower Robot:.
*Untuk makluman pembaca, post ini masih belum lengkap, (tak lengkap pun litar jer, hehe), namun saya postkan juga disebabkan permintaan daripada pelajar daripada institusi lain yang mengunjungi web blog saya berharap agar saya postkan tentang line follower robot menggunakan LDR sensor. Namun segala konsep yang saya terangkan dibawah adalah cukup untuk memahami kaedah dan mekanisma sesebuah line follower robot seterusnya membina sendiri sebuah line follower robot.
Wednesday, January 19, 2011
.:Projek-Mobile Robot Arm Siri 3:.
Dalam post ini saya akan tunjukkan perkembangan projek mobile robot arm. Perkembangan setakat ini litar motor driver dan litar kawalan motor menggunakan relay telah pun siap dan telah berjaya diuji. Untuk skematik litar-litar yang berkaitan, sila rujuk post saya bertajuk .:Litar Kawalan Motor menggunakan Relay:. dan .:Motor Driver L293D:.. Untuk membaca perkembangan projek sebelum ini, boleh rujuk post saya bertajuk .:Projek Mobile Robot Arm:. dan .:Projek Mobile Robot Arm-Siri 2:. Di bawah adalah gambar litar yang telah siap dibangunkan. harap kumpulan pelajar yang lain dapat menghasilkan litar yang kemas seperti contoh litar dibawah.
Terminal blok digunakan bertujuan memudahkan proses pengubahsuaian/penggunaan litar. Seperti litar diatas, rekabentuk asal litar VCC untuk relay dan motor diasingkan, tetapi untuk menjimatkan kos, VCC relay dan motor menggunakan sumber bateri yang sama, oleh itu, sambungan perlu dibuat (wayar berwarna biru). Namun seandainya ada rezeki/budget lebih, VCC relay dan motor boleh diasingkan dan sambungan yang dibuat boleh ditanggalkan seterusnya menjadikan pengawalan motor lebih cekap dan efisyen dari segi kuasa dan operasinya.
![]() |
| Litar kawalan motor menggunakan Relay |
Terminal blok digunakan bertujuan memudahkan proses pengubahsuaian/penggunaan litar. Seperti litar diatas, rekabentuk asal litar VCC untuk relay dan motor diasingkan, tetapi untuk menjimatkan kos, VCC relay dan motor menggunakan sumber bateri yang sama, oleh itu, sambungan perlu dibuat (wayar berwarna biru). Namun seandainya ada rezeki/budget lebih, VCC relay dan motor boleh diasingkan dan sambungan yang dibuat boleh ditanggalkan seterusnya menjadikan pengawalan motor lebih cekap dan efisyen dari segi kuasa dan operasinya.
![]() |
| Motor driver L293D |
Tuesday, January 4, 2011
.:Projek-Mobile Robot Arm Siri 2:.
Dalam post kali ini saya akan tunjukkan sedikit sebanyak kemajuan projek Mobile Robot Arm, yang diberi nama Robo-Roi. Projek ini adalah projek akhir pelajar-pelajar dibawah seliaan saya. Gambar rajah di bawah adalah casis yang telah diperbaharui untuk memenuhi keperluan sistem.
Lengan masih dalam pembuatan, dan untuk makluman pembaca semua, robot ini dikawal menggunakan mikropengawal PIC16F877A. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar projek dibawah seliaan saya; Azhar, Qayyum, Nazri, Afiq, Rebita dan Sunti. Teruskan usaha, kamu semua sedang menghampiri kejayaan. Saya juga akan hadiahkan .:Pojek PIC-LCD HD44780 siri 2:. sekiranya projek kamu semua berjaya. Baru projek yang gempak akan bertambah gempak. Good Luck!
Disini saya tunjukkan juga video gripper yang telah siap. Gripper ini dibangunkan menggunakan papan lapis, untuk lebih ekonomi, atau sebenarnya kekurangan budget.
Lengan masih dalam pembuatan, dan untuk makluman pembaca semua, robot ini dikawal menggunakan mikropengawal PIC16F877A. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar projek dibawah seliaan saya; Azhar, Qayyum, Nazri, Afiq, Rebita dan Sunti. Teruskan usaha, kamu semua sedang menghampiri kejayaan. Saya juga akan hadiahkan .:Pojek PIC-LCD HD44780 siri 2:. sekiranya projek kamu semua berjaya. Baru projek yang gempak akan bertambah gempak. Good Luck!
Saturday, November 13, 2010
.:Projek-Mobile Robot Arm:.
Ini adalah salah satu projek pelajar dibawah seliaan saya Mobile Robot Arm. Projek ini masih dalam proses dan hasil keseluruhannya akan dapat dilihat pada akhir semester sesi Disember 2010. Gambar diatas adalah rekaan asas bagi mobile robot arm. Saya akan 'postkan' perkembangan projek ini dari semasa ke semasa. Semoga berjaya kepada Azhar Wasli, Amirul Qayyum, Mohd Nazri, Abdul Afiq, Rebita Orai dan Sunti. Sebolehnya cuba siapkan robot arm tersebut dalam masa cuti semester ini. Saya dah bekalkan servo motor C40R kepada Azhar. Jadi, tiada alasan komponen/alatan yang berkaitan tiada.
Robot arm ini menggunakan uC PIC16F877A sebagai pusat kawalan utama, servo motor untuk menggerakkan arm, motor driver untuk memudahkan pengawalan motor dari PIC ke servo motor dan DC motor (power window motor) untuk tapak asas robot (perlukan tork besar untuk membawa arm). Detail berkenaan design robot ini akan saya post dari semasa ke semasa.
Friday, November 12, 2010
.:ROBOT:.
Robot, satu perkataan yang agak biasa kita dengar di zaman sains dan teknologi ini. Robot digambarkan dengan pelbagai persepsi, ada yang menggambarkan robot itu baik, boleh diharap dan ada juga yang menggambarkan robot sebagai sesuatu yang satu hari nanti akan menakluki bumi, dan cuba menghapuskan manusia. Walau apa sekali pun tanggapan yang diberikan, adakah kita tahu definisi robot yang sebenarnya? Kebiasannya apabila berkaitan dengan robot, kita akan terfikirkan sebuah mesin yang bentuk seakan manusia, melakukan tugas-tugas manusia. Ataupun sebuah mesin dalam bentuk apa sekalipun melakukan tugas yang tidak mampu atau terlalu bahaya untuk dilakukan manusia.
Perkataan Robot pertama kali digunakan oleh Karel Capek di R.U.R (Rossum’s Universal Robots) pada tahun 1921. Ia berasal daripada perkataan Czech ‘Robota’, yang bermaksud buruh paksa.
Namun begitu definasi robot itu sangat meluas. Disini saya letakkan beberapa definisi Robot dari kaca mata ahli dan pakar robotik dari barat.
Alan Mackworth, Pengarah University of British Columbia Laboratory untuk Computational Intelligence dan Presiden American Association untuk Artificial Intelligence berkata:
“It’s a machine that can sense and act and react in the world and possibly involves some reasoning for performing these actions, and it does so autonomously. By that definition a thermostat would be a robot. Though it’s not ‘aware’ it has a goal, that awareness isn’t required.”
Rodney Brooks, Pengarah Massachusetts Institute of Technology computer science and artificial intelligence laboratory berkata:
“To me a robot is something that has some physical effect on the world, but it does it based on how it senses the world and how the world changes around it.”
Gregory Dudek, Pengarah Centre for Intelligent Machines di McGill University in Montreal, menetapkan 3 kriteria untuk robot.
“They have to have a way of making measurements of the world, they have to have a way of making decisions – in other words, something like a computer, you could call that thinking informally – and they have to have a way taking actions.”
Walau apa sekalipun definisinya, bidang dalam robotik semakin meluas, rumit dan mencabar. Perkembangan bidang robotik bergerak seiring perkembangan bidang kejuruteraan elektronik dan komputer. Tahukah kita, terutamanya pelajar-pelajar saya (subjek mikropemproses dan pengawal), kemajuan dalam bidang mikropemroses dan mikropengawal juga memberikan kesan yang besar terhadap bidang robotik. Mikropemproses/mikropengawal biasa digunakan dalam sesuatu projek robotik. Bagi projek robot yang kecil mikropengwal kebiasaanya akan digunakan yang mana mikropengawal ini berfungsi sebagai 'otak' kepada robot tersebut. Apakah itu mikropengawal ? Saya akan terangkan tajuk ini dalam post akan datang...
Subscribe to:
Posts (Atom)







