Tuesday, October 4, 2011

Makluman Ujian 1

Perhatian kepada semua pelajar DKE 5A, ujian 1 akan di jalankan 2 sesi. Sila pastikan anda berada di sesi pertama atau kedua dibawah :

Sesi Ujian 1

Tuesday, September 27, 2011

68K simulator Versi 5.9

Disini saya telah memuat naik perisian 68K simulator versi 5.9, perisian yang saya muat naik sebelum ni versi 2.0, dan kekurangannya dia fungsi hardware dalam versi tersebut. Jadi disini, saya muat naik versi terbaru 68K V5.9, sila download untuk latihan dan kefahaman peribadi.

 
Klik pada ikon pendrive untuk muat turun

Thursday, July 28, 2011

68K simulator untuk kursus E4160

Perhatian kepada semua pelajar yang mengambil kursus E4160-Microprocessor & Microcontroller System, sila muat turun perisian Simulator Easy 68K. Simulator ini akan digunakan untuk memudahkan kefahaman anda dalam bab 3 dan 4 serta akan digunakan juga didalam latihan amali selain Micropengawal PIC16F877A. Harap maklum.

Klik icon pendrive untuk muat turun Simulator EASy68K 

Wednesday, July 27, 2011

Nota Unit 1 & 2, kursus E3062

Perhatian kepada semua pelajar yang mengambil kursus E3062-Pengaturcaraan Komputer, sila muat turun nota disini. Klik pada icon pendrive untuk muat turun.

Nota E3062, Unit 1

Nota E3062, Unit 2

Tuesday, July 26, 2011

Nota Bab 1,2 & 3 subjek E4160

Perhatian kepada semua pelajar yang mengambil subjek E4160, Microprocessor & Microcontroller System, anda boleh muat turun nota bab 1, 2, dan 3  di sini. Klik pada ikon pendrive untuk muat turun.
Nota E4160, bab 1


Nota E4160, bab 2

Nota E4160, bab 3

Memandangkan nota bab 3 telah diberikan lebih awal, harap para pelajar semua dapat baca dahulu nota tersebut sebelum menghadiri kuliah saya. Terima Kasih.

Tuesday, June 7, 2011

.:iPhone 4 vs Samsung Galaxy S (GT-i9000):.

Sedang membuat carian tentang perbezaan iPhone 4 dan Samsung Galaxy S, saya terjumpa satu video yang menceritakan perbezaan, kelebihan dan kekurangan diantara iPhone 4 dan Samsung Galaxy S. Saya suka cara perbandingan tersebut dibuat, dengan menguji setiap fungsi, teknikal, mesra pengguna, praktikal dan sebagainya, disamping, penguji tersebut menguji kedua-dua telefon tersebut dalam pelbagai keadaan dan juga kedudukannya kedua-dua smart phone tersebut sentiasa diubah dikiri dan kanan. Kenapa yer? Cuba fikirkan. cuba tengok dahulu video tersebut dan anda akan tahu jawapannya disamping dapat tahu siapa lagi hebat. iPhone4@Samsung Galaxy S.

Bahagian Pertama



Bahagian kedua



Semoga melalui video ini, dapat sedikit sebanyak membantu sesiapa yang masih tercari-cari atau tertanya-tanya, yang mana satu idaman kalbu....




Saturday, June 4, 2011

.:Kecanggihan kereta terkini:.

Semasa mencari sedikit sebanyak bahan untuk di masukkan sedikit dalam nota kuliah untuk subjek semester hadapan, saya terjumpa satu video yang best. Saya tidak pasti sama ada teknologi ini masih baru atau pun dah lama. Tapi bagi saya, saya baru sahaja terjumpa, sbb setahu saya, hyundai Tucson (Spesifikasi Malaysia) x der function ni. mungkin sesetengah negara saja kot dapat. SPAS-Smart Parking Assist System. sestengah dalam web yang saya jumpa, Sexy Parking Assist System. Function SPAS amat sesuai untuk orang yang amat susah nak parking sisi. Lihat video dibawah kalau nak tahu hebat ke tak






Saya ada buat carian, sistem ini bukan sahaja terdapat pada kenderaan hyundai, juga pada volkswagen.
kecanggihan yang didapati pada kereta ataupun mana-mana sistem adalah hasil dari kemajuan bidang elektronik, mikroelektronik, mikropengawal dan sistem terbenam.



Wednesday, May 25, 2011

.:Animasi 3D Logo PMU:.


Siap juga akhirnya animasi ni. Lama juga rupanya nak siapkan sesebuah animasi 3D ni. Patut la animasi 3D Malaysia, Upin & Ipin dan BoboiBoy asyik tayang cerita sama jer. Ni animasi yang saya buat baru beberapa saat pun bukan main susah nak buat. Animasi 3D ini adalah logo Institusi di mana saya berkhidmat. Animasinya bukan la cantik sangat, lagi pun saya bukanlah orang IT, buat hanya sekadar untuk skill development, saja-saja, lagi pun minat. Hahahah... Boring tengok logo statik.

Saya buat animasi ini menggunakan perisian Swif 3D, dengan dibantu oleh beberapa perisian yang lain seperti Adobe Illustrator, dan Macromedia Flash. Kat YouTube saya tak tahu nak buat dia looping. Kalau nak tgk cantik kena sentiasa loop. baru berpusing sepanjang masa. Hahahah

Animasi ini pun saya dah kongsikan dengan rakan-rakan sejawat di ofis. Bagi kawan-kawan se'ofis yang nak letak animasi ni kat blog boleh copy code ni.

<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Sv2cK56BhVM?hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/Sv2cK56BhVM?hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

Kalau nak download boleh klik pada ikon pendrive

File format video, ext file *.avi

File format flash video, ext file *.flv
File format windows projector, ext file *.exe
(saya zip kan file untuk kecilkan saiz)




Monday, May 23, 2011

.:Team RoboRoi:.

Lama betul tak upload blog ni. Hari ni rasa tergerak hati plak nak update. Update kali ni sebenarnya tentang kumpulan projek akhir diploma sesi Disember yang baru sahaja menamatkan pengajian April yang lalu, disini bukan saya nak puji, tapi sekadar untuk berkongsi khas  buat pelajar-pelajar yang sedang asyik diulit cuti semesti yang indah.

Bagi saya, group projek akhir sesi Disember 2010, yang anggotai oleh Azhar, Qayyum, Nazrie, Afiq, Rebita dan Sunti adalah group yang terbaik pernah berada dibawah seliaan saya. Apa yang menyebabkan saya katakan mereka yang terbaik?





-Bagi saya mereka semua adalah pelajar, dan mereka tahu tugas mereka sebagai pelajar. Apa tugas sebagai pelajar? Tanyalah pada diri anda sendiri.
-Mereka rajin berusaha, patuh dengan arahan, komited, mempunyai idea dan melaksanakannya. bukan sekadar memberikan idea semata-mata, serta proaktif dalam melaksanakan idea mereka sendiri.
-tidak berkira dalam melaksanakan projek. Kadang-kadang, salah satu sikap pelajar terlalu berkira untuk membeli peralatan ataupun komponen untuk menjayakan projek mereka. Tapi yang menghairankan mereka tidak pula berkira untuk membeli TopUp untuk telefon bimbit mereka, 10-60 ringgit sehari, malah ada juga yang lebih dari itu, membeli rokok, sehingga 2-3 kotak sehari, balik kampung hampir setiap minggu dan pelbagai lagi.
-mereka bijak dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri, seperti apabila wujudnya 'sleeping partner', itu adalah gejala biasa yang timbul apabila menjalankan tugas berkumpulan. Berbanding sesetengah kumpulan lain yang terpaksa memohon campur tangan pensyarah.

Diharapkan pada semester yang akan datang ini, para pelajar dapat mencontohi bukan sahaja kumpulan yang saya sebutkan ini, terdapat beberapa lagi kumpulan dibawah seliaan pensyarah yang lain juga merupakan yang terbaik.
Lagi satu tak boleh nak puji mereka banyak2, kembang hidung+perasan nanti. hahahah


Tuesday, May 3, 2011

.:Robocon PMU 2011:.

Lama betul rasanya tak update blog, sibuk marking paper, campur ngn sibuk kerja-kerja dirumah, memandangkan isteri yang semakin sarat, dah masuk lapan bulan. Tunggu masa nak post balik kampung jer. hehe. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Dikesempatan yang ada ini, saya cuma nak upload skit gambar-gambar  sepanjang pertandingan robocon PMU. Satu pertandingan permulaan dan pengenalan kepada robotik untuk para pelajar. Dibawah adalah video Robo Tornado. Saya paling suka rekabentuk dan mekanisma robot ni.


Wednesday, April 6, 2011

.:Jadual Perlawanan Robocon PMU:.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Robocon PMU. Harap semua peserta dapat bersedia dan tahu giliran masing-masing. Selamat berjaya.

Jadual perlawanan Robocon PMU



.:Poster ROBO-ROI:.

Saya suka-suka sahaja buat poster untuk pelajar-pelajar projek bawah seliaan saya. Tak sangka, ada juga yang berminat walaupun bukan daripada kumpulan pelajar saya. Jadi, disini saya letakkan gambar poster seperti yang diminta oleh beberapa pelajar. Boleh copy dan buat wallpaper. Hehe....

Klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar


Tuesday, April 5, 2011

.:Tugasan End Of Chapter EC201-DEP 2A:.

Kepada semua pelajar DEP 2A subjek EC201, sila download soalan tugasan terakhir End Of Chapter. Klik pada ikon pendrive. Sila hantar tugasan anda pada hari Jumaat 8 April 2011, selewat-lewatnya jam 11.00 pagi. Sila hantar pada saya by hand, jgn letakkan tugasan dalam pigeon hole. Sila hadir ke pembentangan projek pelajar semester akhir jam 9.30 pagi esok. Kehadiran akan direkod.


End of Chapter 1

End of Chapter 2



.:Robocon PMU-Kaedah & Peraturan:.

Kepada semua pelajar/peserta yang akan bertanding di ROBOCON PMU, sila baca kaedah dan peraturan pertandingan ROBOCON PMU. Satu taklimat akan diadakan di Dewan Serbaguna PMU pada 5 April 2011 jam 2:30 petang. Untuk download, anda boleh klik pada ikon pendrive di bawah.

Kaedah Dan Syarat Pertandingan Robocon PMU

Untuk download, sila klik pada ikon pendrive.




.:Robot-Robot Robocon PMU-siri 4:.

Robocon PMU semakin hampir, hanya tinggal sehari sahaja lagi. Kumpulan-kumpulan projek masih bertungkus lumus menyiapkan projek robot mereka. Tidak kurang juga yang telah siap, berlatih mengawal robot mereka. Dalam post kali ini, saya postkan sebuah video demo daripada kumpulan dibawah seliaan En. Samsawi. Robot paling ganas dan paling garang di abad ini. Namanya tidak diketahui...teramat misteri.


*harap maaf diatas kualiti video yang kurang memuaskan. RoboSam tu saja saya letak nama dia camtu. hehe